web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID: MOH Singapura Siasat Pemandu Lori Rakyat Malaysia

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2021 8:24AM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) menyatakan mereka kini sedang menyiasat seorang pemandu lori rakyat Malaysia yang telah tidak dibenarkan memasuki negara itu pada 18 Feb, selepas diuji positif COVID-19 menggunakan ujian rapid antigen (ART) di pusat pemeriksaan Woodlands.

Kementerian itu menyatakan ujian polymerase chain reaction (PCR) terhadap penghantar kerja bebas itu juga yang diterima pada keesokan harinya juga didapati positif COVID-19.

MOH menyatakan, perjalanan ke Singapura lelaki itu sebelum itu ialah pada 8 Feb, apabila beliau diuji negatif pada ujian ART di pusat pemeriksaan.

“Siasatan kami mendapati yang beliau telah ke Kasino Resorts World Sentosa pada 9 Feb, sebelum pulang ke Malaysia pada hari yang sama,” menurut kenyataan dikeluarkan MOH hari ini.

Walaupun lelaki itu tidak termasuk dalam perkiraan kes kerana beliau tidak dibenarkan untuk memasuki Singapura selepas keputusan ujian yang positif, kementerian itu menyatakan yang mereka akan mengambil tindakan sewajarnya sebagai langkah berjaga-jaga, termasuk mengkuarantin kesemua kontak rapat lelaki tersebut.

Kementerian itu menjelaskan yang pemandu lori Malaysia tidak dibenarkan untuk bergaul dalam komuniti, selain untuk tujuan penghantaran dan tidak dibenarkan untuk bermalam.

MOH menyatakan, siasatan juga sedang dijalankan bagi melihat sama ada berlakunya sebarang pelanggaran langkah-langkah pencegahan yang berkaitan.

Sehingga tengah hari ini, Singapura melaporkan 11 kes jangkitan COVID-19 baharu, kesemuanya kes import, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 59,869 kes. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad