web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Vaksin Lalui Proses Penilaian Sewajarnya - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2021 1:37PM

Vaksin dipindahkan dari bahagian kargo pesawat ke trak untuk di hantar ke pusat penyimpanan vaksin. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Vaksin keluaran Pfizer-BioNtech adalah vaksin COVID-19 yang pertama diberikan kelulusan pendaftaran bersyarat oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) setelah melalui proses penilaian yang sewajarnya dan akan sentiasa dipantau dengan rapat setelah ia digunakan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, vaksin berkenaan diberi kelulusan pada 8 Januari lepas dengan nama Comirnaty Concentrate for Dispersion for Injection.

"Antara kriteria yang diteliti oleh PBKD dan NPRA adalah profil keselamatan vaksin, kualiti vaksin, dan vaksin yang mempunyai nilai efikasi yang baik untuk digunakan untuk kesemua rakyat Malaysia.

"Kementerian Kesihatan sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan sentiasa mengutamakan kesihatan rakyat Malaysia dengan memantau dan meneliti semua ubat-ubatan termasuk vaksin yang diperoleh," katanya dalam kenyataan selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama vaksin berkenaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Beliau berkata pendaftaran bersyarat itu diberikan bertujuan memberikan akses segera kepada vaksin COVID-19 semasa tempoh pandemik ini menggunakan risk-based approach (pendekatan berasaskan risiko)  tanpa mengabaikan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan.

Dr Noor Hisham berkata kriteria lain bagi membolehkan kelulusan bersyarat itu antaranya adalah vaksin telah berdaftar atau diberi ‘emergency use authorization’ (keizinan penggunaan semasa kecemasan) oleh badan regulatori negara pengeluar atau badan regulatori rujukan oleh PBKD atau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Turut hadir menyambut ketibaan kumpulan pertama vaksin berkenaan ialah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Pesawat Airbus 330-300 yang membawa 312,390 dos vaksin COVID-19 mendarat pada pukul 10.07 pagi hari ini dan dihantar ke 16 lokasi pusat simpanan vaksin seluruh negara iaitu enam di Selangor, Johor (4), Kuala Lumpur (3), Pulau Pinang (2) dan satu di Putrajaya.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dr Noor Hisham akan menjadi antara penerima pertama suntikan vaksin COVID-19, Rabu ini sekali gus menandakan bermulanya Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang digerakkan lebih awal daripada jadual asal. – Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad