Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Tiada Had Tamat, Sehingga Capai Sasaran - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Feb 2021 1:28PM

Khairy Jamaluddin pada sidang media selepas menyambut ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Pendaftaran untuk vaksinasi COVID-19 tidak akan ditamatkan sehingga mencapai sasaran 80 peratus rakyat yang telah menerima vaksin, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

"Pendaftaran akan sentiasa dibuka dan tidak akan ditutup sehingga selesai sasaran kita iaitu 70 hingga 80 peratus rakyat Malaysia (menerima vaksin)," kata beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi pada sidang media selepas menyambut ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech, di sini hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini dilaporkan berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti beberapa kaedah yang boleh digunakan orang awam untuk mendaftarkan diri, selain pihaknya juga akan mengenal pasti kumpulan sasar bagi memastikan mereka memperoleh vaksinasi itu.

Sementara itu mengenai status vaksin lain yang akan diterima negara, Khairy berkata Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sedang berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai vaksin berkenaan sebelum diluluskan.

"Contohnya bagi vaksin Sputnik V, (NPRA) telah meminta maklumat tambahan daripada Duopharma Biotech Bhd dan Gamaleya National Research Institute of Epidemiology and Microbiology, Rusia.

"Saya jamin, NPRA sedang melakukan yang terbaik untuk menyegerakan proses kelulusan peraturan bagi vaksin yang lain,” katanya.

Khairy berkata vaksin Sinovac dijadual tiba pada 27 Februari ini, namun ia masih menunggu kelulusan NPRA, manakala vaksin AstraZeneca dijadual tiba Mac ini.

Sehingga Feb 2021, Malaysia telah mendapat akses bekalan vaksin COVID-19 sebanyak 66.7 juta dos melalui Fasiliti COVAX dan pembelian awal daripada lima pengeluar vaksin COVID-19.

Ia termasuk vaksin dua dos merangkumi dari syarikat Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, Sinovac Life Sciences Co Ltd (Sinovac) serta CanSinoBIO, dan vaksin satu dos daripada Sputnik V.

Selain itu, kerajaan juga dijangka menandatangani kontrak pemerolehan vaksin COVID-19 Johnson & Johnson dari Amerika Syarikat dalam masa terdekat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Tingkat Kawalan, Penugasan Di Terminal 1 Dan 2 KLIA

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

Semasa 12 jam yang lalu

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Sukan 8 jam yang lalu

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber