Berita Terkini

40 minit yang lalu: COVID: 6,630 kes baharu dilaporkan hari ini, kumulatif kes kini 2,420,222 - KP Kesihatan 4 jam yang lalu: Alec Baldwin secara tidak sengaja menembak jurusinematografi, Halyna Hutchins hinggakan wanita itu maut manakala pengarah Joel Souza cedera, di set penggambaran `Rust' 4 jam yang lalu: Terbuka Denmark 2021: Lee Zii Jia mara, Aaron-Wooi Yik tersingkir 4 jam yang lalu: COVID-19: Lelaki Malaysia antara korban terkini di Singapura, semalam 6 jam yang lalu: Orang ramai dinasihatkan peka, buat persediaan awal hadapi banjir - JPS

IKUTI KAMI


Sindiket Penipuan Online, Warga Emas Rugi RM149,550

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2021 2:05PM

Gambar hiasan

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Seorang wanita warga emas kerugian RM149,550 akibat terpedaya dengan satu sindiket penipuan kelmarin.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata, wanita berusia 60 tahun itu menerima pesanan daripada satu nombor luar negara yang tidak dikenali pada jam 12 tengah hari.

Menurut beliau, mangsa dimaklumkan mengenai pembelian barangan dari Shopee berjumlah RM2,636.

"Mangsa diminta menghubungi nombor Maybank untuk bercakap dengan lelaki dikenali sebagai John Ng. 

"Lelaki berkenaan memberitahu, maklumat peribadi mangsa telah digunakan oleh orang lain untuk mendaftar kad kredit Maybank Master Gold di Kuala Lumpur dan telah tertunggak sebanyak RM4,778.90," katanya kepada Getaran hari ini.

Aidil berkata, mangsa seterusnya diminta menghubungi nombor Bank Negara Malaysia, dan diarah membeli insuran, sebelum wanita itu bersetuju.

"Mangsa menerima beberapa nombor Kod Kebenaran Transaksi (TAC) dan suspek mengarahkan mangsa untuk memberikan nombor tersebut.

"Mangsa menjadi panik dan bertindak mengikuti semua arahan dan permintaan suspek," ujarnya.

Menurutnya lagi, setelah nombor TAC diserahkan mangsa menyedari terdapat transaksi wang keluar dari akaun Public Bank dan Maybank miliknya berjumlah RM23,850 dan RM125,700.

"Mangsa yang berasa terpedaya dan ditipu tampil membuat laporan polis untuk siasatan lanjut. 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu dan dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan," katanya. - Getaran, 8 September 2021

Sorotan

1

Perginya Mazlan Tahir, Dunia Teater Kehilangan Bintang Hebat 

2

Neelofa, Suami Kemuka Representasi Mohon Tarik Balik Tuduhan

3

COVID: KKM Belanja Lebih RM8 Juta Untuk Pengurusan Mayat

4

Remaja 15 tahun Jadi 'Pomen' Basikal Lajak

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Masih Runding Dengan Arab Saudi Agar Tiada Diskriminasi Vaksin - KJ

Semasa 21 jam yang lalu

Kepala Air Punahkan Harapan, Pengusaha Chalet Rayu Tindakan Kerajaan

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 20 jam yang lalu

Lelaki Samun Kedai 24 Jam Diburu Polis

oleh Rosli Amit

Sukan 1 hari yang lalu

Terbuka Denmark: Liew Daren Akan Bertemu Lee Zii Jia