Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tabung Bantuan Khas COVID-19 Salur Sumbangan Tunai RM38.4 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 8:41PM

Waris kepada pesakit yang meninggal dunia akibat COVID-19 digalakkan membuat permohonan walaupun urusan pengebumian dilakukan pihak kerajaan. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM38.4 juta bantuan tunai langsung sudah diluluskan kepada 19,957 individu dan waris yang terkesan akibat COVID-19, sehingga kini.

Usaha itu dilaksanakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menerusi Tabung Bantuan Khas COVID-19 yang membabitkan dua bentuk mekanisme, iaitu Bantuan Khas COVID-19 dan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19.

Ketua Pengarah NADMA, Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, jumlah itu merangkumi RM22,227,700 atau 16,722 penerima Bantuan Khas COVID-19 dan RM16,175,000 (3,235) penerima Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19.

“Bantuan Khas COVID-19 diberikan kepada warganegara Malaysia yang hilang sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji ketika mereka menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi kontak pandemik ini di bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Pemohon layak akan menerima RM100 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari.

“Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 pula melayakkan waris kepada pesakit warganegara Malaysia yang meninggal dunia akibat virus ini menerima kadar maksimum RM5,000 sekali bayar,” katanya pada sesi bual bicara Tabung COVID-19 ‘Anda Tanya, NADMA Jawab’ bersama media yang berlangsung secara maya, hari ini.

Aminuddin berkata, semakan NADMA juga mendapati, permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 daripada waris masih rendah, iaitu 4,311 walaupun angka korban dicatatkan negara akibat pandemik terbabit hampir menjangkau 18,000 setakat ini.

Katanya, waris kepada pesakit yang meninggal dunia akibat COVID-19 digalakkan membuat permohonan walaupun urusan pengebumian dilakukan pihak kerajaan.

“Bantuan Khas COVID-19 bagaimanapun menerima sambutan amat menggalakkan sehingga kami terpaksa membuat tapisan ketat memandangkan terdapat permohonan bertindan dan berulang.

“Kita menerima sebanyak 35,566 permohonan bagi Bantuan Khas COVID-19 dan daripada jumlah itu, 11,450 ditolak kerana ada waris menghantar permohonan bertindan, selain tidak memberikan maklumat lengkap, termasuk kegagalan menyertakan nombor akaun, tiada bukti ketiadaan gaji dan tidak memenuhi syarat ditetapkan walaupun secara terang diperincikan di dalam borang dan laman web NADMA,” katanya.

Menurut Aminuddin, segelintir pemohon yang kurang faham, tidak teliti atau mencuba nasib walaupun tidak layak menyebabkan kakitangan NADMA terpaksa menghabiskan masa lama untuk menyemak setiap satu permohonan.

“Keadaan ini membuatkan permohonan lambat diluluskan, melebihi tempoh sasaran 30 hari.

“Pihak kami juga menerima lebih 300 permohonan sehari berikutan lonjakan kes di negara ini, berbanding sebelumnya, iaitu kira-kira 70 permohonan sehari,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya adakah NADMA menyediakan bantuan khusus kepada kanak-kanak yang menjalani kuarantin kendiri, Aminuddin berkata kemudahan itu diberikan menerusi bantuan khas sedia ada dan bantuan susulan bersama agensi berkaitan.

Jelasnya, walaupun NADMA tidak mempunyai bantuan khusus kepada kanak-kanak terkesan pandemik itu, termasuk anak yatim dan yatim piatu, pihaknya sentiasa cakna untuk membantu golongan terbabit dengan bergerak bersama-sama pihak tertentu, seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pejabat daerah apabila dimaklumkan mengenai kesusahan dialami.

Pada masa sama, Aminuddin berkata, NADMA meminta kerjasama agensi berkaitan agar sentiasa memaklumkan mengenai kanak-kanak yang terkesan akibat COVID-19 bagi membolehkan mereka dibantu sebaik mungkin.

“NADMA turut memberikan keutamaan kepada kanak-kanak yang mahu memohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 dan urusan permohonan ini akan dibantu JKM serta waris mereka.

“Kita juga meminta kerjasama daripada cikgu atau penghulu kawasan di tempat kanak-kanak itu menetap sebagai wakil untuk memohon bantuan sekiranya tiada waris boleh melakukannya, sebelum bantuan disalurkan terus kepada kanak-kanak ini," katanya.

Setakat ini, 1,002 anak yatim dan seorang anak yatim piatu membabitkan 547 keluarga sudah memohon bantuan NADMA dan dijangka lebih ramai berbuat demikian berdasarkan maklumat diterima..

Bagi mereka yang ingin mengetahui garis panduan, syarat permohonan atau memohon Bantuan Khas COVID-19 dan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19, boleh melayari http://www.nadma.gov.my. - Getaran, 3 September 2021

Sorotan

1

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

2

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

4

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

5

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

6

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

7

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tumpas Sindiket Bekal Sistem Rekod, Kira Wang Kepada Pusat Panggilan

Semasa 9 minit yang lalu

Cakna Kesihatan Pelajar Sebelum Lakukan Aktiviti Luar Kelas – Dzulkefly

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry