Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 6 hari yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


Habbatus Sauda Bawa Banyak Manfaat

Makanan sunah, habbatus sauda, disebut-sebut sebagai salah satu penyembuh jangkitan COVID-19 baru-baru ini. Benarkah apa yang dikatakan itu? Apakah khasiat sebenar jintan hitam ini?

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 9:21AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Makanan sunah, habbatus sauda baru-baru ini menjadi bualan ramai gara-gara ada pihak yang mendakwa kononnya jintan hitam atau nama saintifiknya Nigella Sativa ini mampu menyembuhkan COVID-19.

Waktu itu jika menjengah ke media sosial, ada sahaja kisah mengenai ‘si polan’ yang sembuh daripada virus maut hanya dengan mengambil habbatus sauda setiap hari.

Tidak cukup dengan itu, sponsored content juga lalu-lalang di Facebook mahupun Instagram dengan ayat-ayat pengiklanan serba ajaib.

Malah, ada yang lebih berani menghasut orang ramai supaya menolak vaksin. Dek hebohnya cerita ‘kehebatan’ habbatus sauda ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Februari lalu membahas tentang perkara ini menerusi Forum Perdana Islam.

Ketika program itu, Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin menjelaskan tentang kekeliruan yang timbul berkaitan makanan sunah ini.

Jelas Asri, Nabi tidak hanya bergantung kepada makanan sunah untuk sembuh, sebaliknya kekasih Allah itu tetap merujuk kepada pakar perubatan jika dia jatuh sakit.  

Sebenarnya, apa kandungan yang terdapat dalam habbatus sauda ini? Habbatus sauda kaya dengan mineral, karbohidrat dan lemak yang bagus untuk kesihatan. Kandungan zatnya adalah karbohidrat sebanyak 38%, protein (21%) dan asid lemak (35-38%) dan mineral lain (6%).

Mineral lain termasuklah thiamin, niasin, kalsium, folasin, zink dan fosforus. Asid lemak terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu yang baik untuk kesihatan dan sistem keimunan badan.

Kehebatan ini sudah diakui sejak zaman-berzaman. Menurut kitab Kanun Perubatan Ibnu Sina, habbatus sauda dikatakan bertindak balas terhadap tubuh badan manusia sebagai penyumbang tenaga dan membantu pemulihan tubuh badan daripada keletihan.

Berikut adalah manfaat habbatus sauda untuk kesihatan tubuh badan:

1. Mengurangkan peradangan

Habbatussauda telah terbukti dapat mengurangkan peradangan dan juga melegakan otot yang kaku. Ini boleh membantu meringankan gejala yang dialami oleh pengidap asma. Bahkan, habbatus sauda juga dipercayai mampu menurunkan risiko radang saraf dan jaringan otak yang berisiko menimbulkan penyakit alzheimer dan parkinson.

2. Menurunkan tekanan darah

Penelitian dari Shahrekord University of Medical Sciences di Iran melaporkan bahawa pengambilan pil ekstrak habbatus sauda setiap hari selama dua bulan boleh menurunkan tekanan darah pada mereka yang memiliki hipertensi ringan. 

3. Mengatasi gangguan metabolisme dan menurunkan berat badan

Jika mengambil suplemen yang memiliki kandungan minyak habbatus sauda ia juga mampu membantu mengatasi gangguan metabolisme dan menurunkan berat badan.

4. Meningkatkan kualiti sperma

Kandungan nikotin dan racun lainnya dalam rokok telah lama diketahui mengurangkan keupayaan sperma untuk berenang dan juga mempengaruhi bentuk normalnya.

Dalam jurnal Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine yang diterbitkan pada 2014 melaporkan bahawa minyak habbatus sauda meningkatkan kualiti sperma dan menyokong struktur jaringan organ testis yang lebih baik.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan jika anda ingin mengamalkan habbatus sauda sebagai makanan tambahan untuk mendapatkan kesihatan optimum.

Selain mengambil dalam bentuk suplemen, anda juga boleh tabur atau mencampurkannya di dalam bijiran sarapan, salad, overnight oat dan sandwich. Selain itu, boleh juga dikisar ke dalam campuran minuman protein. - Getaran, 16 Ogos 2021

Kredit foto : https://www.fushi.co.uk/

Berita Berkaitan

1

Refleksi 4 minggu yang lalu

Benarkah Mandi Bunga Beri Kesan Positif Pada Badan Atau Sekadar Mitos?

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Pelbagai Inisiatif, Insentif Menerusi Belanjawan 2024 Bakal Manfaatkan Rakyat Tahun Ini - Pakar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Mahu Timbalan Menteri Fokus Laksana Perancangan, Perubahan Untuk Rakyat

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Nusantara Punyai Potensi Besar Untuk Pelancongan Indonesia, Malaysia - Sandiaga Uno

Sorotan

1

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

2

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz

3

Fahmi Arah MCMC Ambil Tindakan Terhadap Pengguna TikTok Sebar Video Berbaur Fitnah

4

Pembukaan Semula Zoo Johor Ditangguh Ke Ogos - Exco

5

Xiong Du Du, Yu Rong Rong Dipilih Maskot Piala Thomas, Piala Uber 2024

6

KPKM Tidak Lindungi Pihak Terbabit Kartel Padi, Beras - Mohamad

Disyorkan untuk anda

Gaya 8 jam yang lalu

Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

oleh Rahayu MN