Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Piza Durian Musang King Dapur Kayu, Menu Istimewa Dua Beradik

Katanya kemanisan isi durian musang king yang digabungkan dengan rasa lemak-lemak masin keju, menjadi lebih enak apabila piza tersebut dibakar menggunakan dapur kayu.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2021 2:53PM

Nur Hanani dan Ahmad Najib menunjukkan menu istimewa Mystreet Pizza Kitchen iaitu piza durian musang king dan piza daging salai

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Harga durian jenis D197 atau lebih dikenali Musang King yang mahal, menyebabkan ia dianggap sangat eksklusif dan hanya mereka yang berkemampuan sahaja dapat menikmati keenakannya.

Namun idea kreatif Nur Hanani Ismail, 41, dan adiknya Ahmad Najib Ismail, 33, yang menghasilkan piza durian musang king, memberi peluang kepada peminat raja buah itu untuk menikmati isi durian tersebut bersama roti piza, pada harga berpatutan.

Malah Nur Hanani berkata, kemanisan isi durian musang king yang digabungkan dengan rasa lemak-lemak masin keju, menjadi lebih enak apabila piza tersebut dibakar menggunakan dapur kayu, yang menghasilkan aroma asap.

“Menu piza durian musang king ini kami mulakan sejak tahun lepas, dan ia hanya dibuat pada musim durian. Kita tahu musang king sangat mahal dan ramai yang tidak mampu membelinya. Jadi kami harap dengan adanya piza ini, pelanggan dapat juga merasai isi buah tersebut.

“Kami beli isi musang king dalam bentuk pes daripada sebuah kilang di Raub, Pahang pada harga RM100 sekilo dan kami sejuk bekukan ia. Sekilo pes isi durian boleh menghasilkan kira-kira 30 keping piza,” ketika ditemui Bernama di premisnya, Mystreet Pizza Kitchen, di Banggol Peradong dekat Manir, di sini.

Dalam pada itu katanya, selain menjadikan roti piza lebih lembut dan sedap, dapur kayu yang digunakan sejak awal tahun ini, membuatkan tempoh untuk membakar piza hanya antara satu hingga dua minit sahaja berbanding mesin ketuhar, yang mengambil masa enam hingga 10 minit.

“Saya memang sudah lama teringin untuk bakar piza dengan dapur kayu dan pada penghujung tahun lepas saya ‘backpacking' bersama rakan-rakan ke Dabong, Kelantan dengan kereta api dan kami singgah di Jerantut, Pahang.

“Di Jerantut saya tengok ada satu kedai piza menggunakan dapur kayu. Sekembalinya ke Terengganu, saya terus mulakan proses membuat dapur kayu ini.

“Untuk memastikan piza lebih sedap, hanya kayu tertentu sahaja digunakan bagi membakar piza iaitu seperti kayu pokok rambutan, pokok duku dan pokok jambu, yang menghasilkan aroma tersendiri manakala kayu seperti pokok getah, membuatkan rasa piza kurang sedap,” graduan lulusan Sarjana Sains Alam Sekitar daripada Universiti Putra Malaysia itu.

Nur Hanani berkata, sajian piza dapur kayunya menerima sambutan menggalakkan dan mampu terjual sehingga 250 keping sehari, termasuk jualan piza durian musang king iaitu sehingga 30 keping sehari, yang dijual pada harga RM12 bagi saiz lapan inci manakala RM20 bagi saiz 11 inci.

Mystreet Pizza Kitchen turut menyediakan menu piza daging salai, yang juga adalah menu istimewanya, di samping menu lain seperti piza ‘meatball’ (bebola daging), dan piza keju yang dijual antara RM10 hingga RM20 mengikut jenis dan saiz.

Mula menjual piza dari rumah pada 2012 oleh Ahmad Najib, dua beradik itu kini mempunyai enam pekerja dan dibantu tiga lagi rakan mereka, bagi memastikan kelancaran proses pembuatan piza dan memenuhi permintaan pelanggan.

“Kami juga mempunyai dua kiosk Mystreet Pizza Kitchen iaitu di Losong di sini dan di Wakaf Tembesu di Kuala Nerus, yang kedua-duanya diasaskan oleh adik saya (Ahmad Najib) pada 2012,” kata bekas penjawat awam yang menyertai perniagaan piza tersebut pada 2015.

Beliau menambah, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mystreet Pizza Kitchen hanya membenarkan pelanggan untuk membungkus piza dan perkhidmatan penghantaran turut disediakan kepada pelanggan, di sekitar Kuala Terengganu. - Bernama

 Semua gambar: fotoBernama/Mohd Khairul Fikiri Osman

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 1 minggu yang lalu

Anak Muda Gigih Bersihkan Pantai, Sungai Kotor Di Terengganu

2

Kisah Kita 4 minggu yang lalu

Tradisi Ketuk Genta Di Terengganu Diteruskan Sepanjang Ramadan

3

Rencana 1 bulan yang lalu

Durian, Ejen Diplomasi Malaysia - China

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Atlet Silat SUKMA Terengganu Maut Terkena Sepakan Lawan

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Jelajah 19 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran