Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Padang On Wheels Ubat Rindu Penggemar Nasi Padang

Kalau sudah mula rindu dengan Nasi Padang dan tidak tahu pula di mana hendak membelinya, apa kata dapatkan di Padang On Wheels.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2021 2:50PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa penggemar Nasi Padang? Bila pula kali terakhir anda menikmati hidangan popular dari Indonesia ini?

Kalau sudah mula rindu dengan Nasi Padang dan tidak tahu pula di mana hendak membelinya, apa kata dapatkan di Padang On Wheels, restoran yang menyediakan masakan tradisional masyarakat Minang.

Boleh bungkus dari dua cawangan restoran ini yang terletak di 60, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, Shah Alam dan Lot 63, Jalan Nova K U5/K, Seksyen U5,Subang Bestari.

Kalau tidak mahu susah-susah ke restoran, boleh juga gunakan servis penghantaran makanan untuk membuat tempahan. 

Mengapa perlu puaskan selera dengan hidangan dari Padang On Wheels?

Jawapannya mudah, hidangannya pelbagai, sedap sehingga menjilat jari. Tidak keterlaluan kalau penulis katakan, ia bagaikan membawa kita ‘terbang’ ke tempat asalnya, Padang, Indonesia.  

Rangkaian restoran yang diusahakan oleh dua beradik, Abjda Zulkifli, 46, dan Sukinah, 44, serta seorang rakan kongsi, Farrah Adeeba Asyraf, 44, ini mengekalkan rasa tradisional setiap hidangan bagi memastikan pelanggan jatuh cinta dan boleh tersenyum puas sebaik selesai menjamu selera.

Resipi yang digunakan bukanlah hasil perkongsian tukang masak yang dijemput dari Indonesia, sebaliknya ia adalah resipi asal nenek mereka yang berasal dari daerah Padang.

Jadi, janganlah teragak-agak hendak mencuba. Kalau rasa dan kualitinya menjengkelkan, mana mungkin perniagaan yang bermula dari trak makanan ini mampu mencapai kejayaan seperti hari ini. 

Cuba fikirkan apa lauk-pauk yang sedang diidamkan ketika ini. Mahu ayam kampung goreng bumbu? Mahu rendang daging? Mahu ayam belado? Mahu gulai pucuk paku? Semuanya ada di sini.

Terdapat lebih daripada 60 menu yang disediakan termasuklah gulai tunjang atau urat kaki lembu yang menjadi rebutan penggemar Nasi Padang.

Lain-lain menu yang mesti ada cuba ialah, daging dendeng, gulai pucuk ubi, ayam berlado, sotong berlado, terung berlado dan tidak ketinggalan sambal merah dan sambal hijau. Kesemua hidangan ini menepati selera penulis yang sudah mengikuti Padang On Wheels sejak tahun 2017.

Jus Durian Belanda dan jus alpukat mereka juga tidak rugi untuk dinikmati. Enak berkrim dan menyegarkan. 

Tentang harga, penulis boleh simpulkan ia berpatutan, sesuai dengan saiz hidangan. Daging dendeng contohnya berharga RM12.50 satu hidangan, manakala ayam berlado berharga RM5.80 seketul.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, Padang On Wheels beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 7.00 petang, dari Selasa hingga Ahad.

Jika ingin membuat tempahan, anda boleh menghantar pesanan WhatsApp di talian 019 325 2225 atau pesan di sini.

Selain itu, anda juga boleh ikuti perkembangan terkini tentang Padang On Wheels dengan mengikuti mereka di akaun Instagram @padangsonwheels

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Selamat mencuba! – GETARAN, 14 Jun 2021

Gambar : Rahayu MN dan @padangsonwheels 




 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

3

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

4

Sukan 6 hari yang lalu

Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Jelajah 11 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi

Jelajah 15 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

Kempen ‘Kiriman Raya’ bersama Pos Malaysia itu mencipta ‘Malaysia Book of Records’

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Selera 20 jam yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya