Berita Terkini

44 minit yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Kurangkan Risiko Penyakit Parkinson Dengan Buah-Buahan

Memakan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin C serta E boleh kurangkan risiko dijangkiti Parkinson.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2021 1:15PM

Gambar: Isra E, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di sebuah universiti di Sweden mendapati makanan yang mengandungi kandungan vitamin C dan E yang tinggi seperti brokoli, bijirin dan cili merah boleh mengurangkan risiko terkena penyakit Parkinson sebanyak satu pertiga.

Kajian berkenaan dijalankan oleh penyelidik dari Universiti Milano-Bicocca ke atas 41,000 orang di Sweden dengan setiap pengambilan vitamin serta indeks jisim tubuh (BMI) dan tahap aktiviti harian mereka direkodkan.

Kesemua peserta yang terlibat dalam kajian itu tidak menghidap Parkinson pada permulaan kajian tetapi selepas kajian berakhir, seramai 465 orang telah dikesan menghidap penyakit berkenaan.

Penemuan berkenaan diterbitkan dalam jurnal Neurology. Menurut pengarang utamanya, Dr Essi Hantikainen, mereka yang mengamalkan pengambilan vitamin yang tinggi adalah 32 peratus kurang terdedah kepada Parkinson. Ini kerana antioksida seperti Vitamin C dan E dipercayai dapat membantu melawan molekul yang tidak stabil.

Gambar: Engin Akyurt, Unsplash
Gambar: Engin Akyurt, Unsplash

Vitamin C boleh diperolehi dalam kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran seperti brokoli, cili, kentang manis oren dan strawberi manakala vitamin E pula terdapat dalam minyak zaitun, kekacang, bijirin dan bayam.

``Memperbaiki diet adalah cara yang diketahui untuk meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Kemungkinan risiko penyakit Parkinson dapat dikurangkan hanya dengan makanan adalah berita yang menggembirakan,'' katanya.

Parkinson adalah penyakit di mana otak tidak akan menghasilkan dopamin yang mencukupi dan membawa kepada masalah pertuturan, keseimbangan dan pergerakan. Dopamin adalah hormon untuk mengawal pergerakan.

Antara penghidap Parkinson yang terkenal adalah Sir Billy Connolly, penyanyi Sweet Caroline, Neil Diamond dan aktor Michael J Fox.

Dalam kajian yang dijalankan itu, peserta diminta mengisi soalan mengenai sejarah perubatan mereka, tinggi, berat dan faktor gaya hidup seperti makanan serta senaman. BMI mereka juga diambil kira dan mereka diminta merekodkan jenis makanan serta minuman yang diambil sepanjang tahun serta jumlah saiz makanan. Bagaimanapun makanan tambahan tidak diambil kira.

Dr Hantikainen bagaimanapun menegaskan, lebih banyak kajian perlu dilakukan bagi mengetahui kandungan vitamin C dan E yang diperlukan bagi mengurangkan risiko Parkinson.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Belum Terima Laporan Harga Sayur Susulan Banjir

2

Refleksi 2 tahun yang lalu

MAINS Bantu Pelakon Kelahiran Australia Hidap Parkinson, Angin Ahmar

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Dari Studio Filem Ke Kebun Sayur Akibat Pandemik

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Jelajah 19 jam yang lalu

Lebih 10,000 Kad Raya Menghiasi Pusat Beli-Belah The Curve, Hidupkan Nostalgia Hari Raya

oleh Wartawan Gaya Hidup Getaran

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

Selain acara rewang di PPR Lembah Subang 2, Mydin juga mengagihkan 150 set bantuan Kotak MYDIN Prihatin yang bernilai sehingga RM60

oleh Rahayu MN

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Jelajah 15 jam yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi