Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Himpunan Laksa Pelbagai Negeri, 'Hantu Laksa' Serbu Pesta Laksa Kuale

Selera Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2023 7:00AM

Peniaga Laksa Kuale Umi Kalsom Bakri, 56, menunjukkan laksa Kuale yang dijual di gerainya pada Program Pesta Laksa Kuale di Arena Kuala Kangsar semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KANGSAR - Bagi penggemar laksa tentunya mengetahui makanan unik ini terdapat dalam banyak versi, mengikut negeri-negeri di Malaysia.

Pastinya jika laksa-laksa dari setiap negeri dihimpunkan di satu tempat, ‘hantu laksa’ tidak akan melepaskan peluang mengunjunginya, bagi merasa semua laksa tersebut.

Pesta Laksa Kuale yang sedang berlangsung di Arena Kuala Kangsar di sini selama dua hari bermula hari ini, menghimpunkan laksa dari 10 negeri, menawarkan pelbagai jenis laksa dengan keenakan dan keunikan masing-masing.

Seorang pengunjung dari Langkawi, Kedah, Anisah Mohd Nor, 35, berkata dia amat teruja apabila dapat berkunjung ke pesta yang mengumpulkan laksa dari pelbagai negeri itu.

“Saya bercuti bersama keluarga di Perak, kemudian saya lihat iklan berkaitan pesta ini di Facebook, jadi kami sekeluarga datang ke sini untuk merasai pelbagai laksa.

“Saya paling tertarik dengan laksa Kuale, kerana saya tidak pernah rasa laksa yang diperbuat daripada tepung gandum. Rasanya lebih sedap berbanding laksa biasa,” katanya ketika ditemui di Pesta Laksa Kuale di Arena Kuala Kangsar, di sini hari ini.

Seorang penjawat awam Khairul Affendi Mokhtar, 56, berkata dia sering mengikuti pesta sebegini kerana dia merupakan ‘hantu laksa’.

“Tahun lepas ada Temasya 99 Laksa Kuale di sini, saya hadir bersama keluarga. Tahun ini saya hadir juga kerana kelainannya, kali ini ada pelbagai negeri berbanding tahun lepas yang menghimpunkan 99 peniaga laksa di Kuala Kangsar,” katanya.

Bagi peniaga laksa, Umi Kalsom Bakri, 56, laksa Kuala Kangsar atau laksa Kuale menawarkan rasa dan keunikan tersendiri.

Antara keistimewaan laksa Kuale ialah bahan utamanya iaitu mi laksa itu diperbuat dari tepung gandum berbeza dari laksa negeri lain.

Umi Kalsom yang telah mengusahakan laksa Kuale selama 15 tahun berkata laksa tepung gandum, kini boleh didapati di kedai-kedai runcit tanpa perlu menghabiskan masa membuatnya sendiri di rumah.

“Kuahnya juga biasanya diperbuat daripada isi ikan. Tempat lain selalunya mengandungi belacan dan dihidangkan bersama nenas. Keenakkan laksa sebenarnya terletak pada kuahnya yang mengandungi isi ikan yang tebal, walaupun dikombinasikan dengan apa jua jenis laksa,” katanya.

Sementara itu, seorang pengusaha laksa Sarawak Jamaiyah Sulaiman, 55, diterbangkan jauh dari Bumi Kenyalang dalam usaha mempromosikan laksa Sarawak kepada pengunjung khusunya di Semenanjung.

“Antara kelainannya, laksa di Semenanjung banyak menggunakan isi ikan tapi di Sarawak, kita menggunakan rempah ratus tersendiri dan ada pes khas. Laksa Sarawak menggunakan bihun bagi menggantikan laksa, yang lebih sedap dimakan bersama hirisan telur dadar, carikan isi ayam, udang, taugeh, limau kasturi dan daun ketumbar,” katanya.

Chemah Omar, 60, dari Melaka yang memperkenalkan laksa Nyonya berkata laksa itu dimakan bersama bihun, dan kuahnya pula diperbuat dari udang kering dan udang segar.

“Telur rebus, bunga kantan dan daun kesum pula digunakan sebagai hiasan. Di Melaka, kita mempunyai pelbagai kaum antaranya Baba Nyonya, Portugis, Jawa dan Banjar. Kalau di sini ada laksa Kuale, tapi di tempat kami, kami ada laksa Nyonya yang menggunakan buah keras sebagai bahan utama kuahnya,” jelasnya.

Acara yang dianjurkan kali kedua itu, bertujuan menyuntik semula ekonomi pelancongan daerah itu selepas terkesan akibat pandemik COVID-19, dengan mengumpulkan pelbagai jenis laksa dan juga kuih-muih tradisional, daripada negeri-negeri di Malaysia dan 12 daerah di negeri Perak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Saarani Angkat Sumpah Sebagai Menteri Besar Perak Ke-15

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

Kafe Hipster Tidak Lenyapkan Kedai Kopi Dan Roti Antik Di Kuala Kangsar

3

Budaya 1 tahun yang lalu

Guna 1,500 Pelita Hasilkan Panjut Masjid Ubudiah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Suspek Amuk Serang Bapa Meninggal Dunia

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Jelajah 22 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran