Berita Terkini

1 jam yang lalu: Pindahan pesakit guna tangga di hospital Melaka ekoran kerosakan luar lif 1 jam yang lalu: Ketua Polis Pulau Pinang tidak tunduk dengan ugutan 1 jam yang lalu: Sukan APG Kemboja 2023 buka tirai dengan percikan bunga api 1 jam yang lalu: Pengeluaran ketam di Malaysia 16,000 tan metrik tahun 2022 1 jam yang lalu: JDT selesaikan pusingan pertama Liga Super 2023 dengan rekod bersih

IKUTI KAMI


Panduan MICHELIN Akan Umum Restoran Malaysia Tersenarai Jun Ini

Kesemua penilaian dan anugerah khas berkaitan pemilihan restoran terbaharu akan didedahkan secara eksklusif pada majlis tahunan, selain dipromosikan pada laman rasmi dan aplikasi mobil Panduan MICHELIN.

Selera Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 8:05AM

Panduan MICHELIN akan mengumumkan restoran terkini dalam senarainya, sekali gus mendedahkan sebahagian daripada tambahan kepada panduan itu sebelum majlis pendedahan (senarai restoran) tahunannya - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Panduan MICHELIN akan mengumumkan restoran terkini dalam senarainya, sekali gus mendedahkan sebahagian daripada tambahan kepada panduan itu sebelum majlis pendedahan (senarai restoran) tahunannya. 

Pengarah Komunikasi MICHELIN Experiences, Elisabeth Boucher-Anselin berkata pengumuman pada Jun itu, akan melibatkan restoran di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

“Pasukan pemeriksaan telah secara kolektif memutuskan iaitu sebelum Majlis Panduan MICHELIN 2024, untuk mengumumkan restoran terpilih global baharu di Malaysia, kami akan mengeluarkan penemuan terkini dan terbaik para pemeriksa.

“Kami tidak mahu menunggu hingga habis setahun untuk mendedahkan dapatan pasukan pemeriksa. Kami mahu memberitahu bahawa restoran terbabit hebat iaitu kami pastinya akan mempertimbang untuk menjadi sebahagian daripada Panduan MICHELIN,” katanya kepada pemberita dalam temu bual secara dalam talian baru-baru ini.

Beliau berkata dapatan baharu itu membuka peluang untuk mengetengahkan industri restoran Malaysia serta menyokong restoran baharu.

Katanya dapatan itu didorong oleh penemuan para pemeriksa yang menyembunyikan identiti mereka di lapangan.

“Kami tidak akan mendedahkan sama ada ia restoran dengan bintang, bib gourmand atau bintang hijau satu, kami mahu mengetengahkan tempat ini,” katanya.

Selain itu beliau berkata kesemua restoran dalam pemilihan 2024 akan dinilai oleh pemeriksa berdasarkan lima kriteria iaitu kualiti bahan, penguasaan teknik memasak, keharmonian rasa, penzahiran personaliti chef dalam hidangan dan kekonsistenan berdasarkan masa dan pada seluruh menu.

Beliau menambah kesemua penilaian dan anugerah khas berkaitan pemilihan restoran terbaharu akan didedahkan secara eksklusif pada majlis tahunan, selain dipromosikan pada laman rasmi dan aplikasi mobil Panduan MICHELIN.

“Kami harap pendedahan dan pengemaskinian secara tetap ini akan mewujudkan keterujaan dan memberi peluang kepada pencinta makanan Malaysia untuk terus menyokong profesion ini dan kami mengajak semua untuk mencuba restoran-restoran tersebut,” katanya.

Panduan MICHELIN mengumumkan pemilihan pertamanya bagi Kuala Lumpur dan Pulau Pinang 2023 Disember lepas, melibatkan 97 restoran meliputi 20 jenis hidangan termasuk empat restoran dengan satu bintang MICHELIN. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Hentikan Politik Tidak Matang, Isu Pulau Pinang Milik Kedah Untuk Tutup Kegagalan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Kenyataan MB Kedah, P. Pinang Milik Kedah Satu Hasutan - Ahmad Zahid

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dakwaan Sanusi Langgar Perlembagaan Persekutuan, Gugat Perpaduan Negara – Guan Eng

4

Politik 4 hari yang lalu

Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah, Sanusi Perlu Faham Perlembagaan - Anwar

Sorotan

1

Pemimpin Asing Ucap Takziah, Angka Kematian Tragedi Kereta Api India Hampir 300

2

Hubungan Kukuh Negeri, Persekutuan Penting - Ahmad Zahid

3

Kadar Inflasi Malaysia Kekal Sederhana Pada 2023 - Rafizi

Disyorkan untuk anda

Selera 1 hari yang lalu

Himpunan Laksa Pelbagai Negeri, 'Hantu Laksa' Serbu Pesta Laksa Kuale