Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lokasi Tempat Makan Yang Terpaksa Ucapkan Selamat Tinggal Kerana COVID-19

Ada yang datang, ada yang pergi. Pandemik datang dan restoran ataupun warung kegemaran kita terpaksa gulung tikar.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Feb 2021 3:44PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rakyat Malaysia memang suka makan. Itu kenyataan yang sukar disangkal. Sebab itulah juga lokasi selera bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Mencari makanan kegemaran bukanlah satu isu yang besar jika anda seorang pencinta makanan. Mahu makanan tradisional? Ada. Mahu makanan barat? Pun ada. Suka hidangan Jepun atau Korea? Semuanya ada di sini.

Namun begitu, ada juga khabar duka untuk dikongsi kepada anda. Pandemik COVID-19 memberi tamparan hebat kepada semua industri, termasuklah industri pemakanan. Sejak 2020, satu demi satu lokasi selera kegemaran ramai terpaksa mengucapkan selamat tinggal. 

Cuba semak senarai berikut, mungkin ada di antaranya adalah tempat makan kegemaran anda. 

 

Rangkaian Restoran Delicious

Gambar: Facebook Rangkaian Delicious
Gambar: Facebook Rangkaian Delicious

Restoran yang dimiliki Delicious Group ini mengumumkan penutupan mereka pada Jun 2020 lalu. Terkenal dengan menu-menu fusion memikat selera dan dekorasi yang menarik, Delicious sering menjadi pilihan mereka yang ingin meraikan hari istimewa. Antara menu yang menjadi kegemaran ramai ialah Nasi Kerabu, Nasi Lemak, Teriyaki Salmon dan Brownie Coklat & Ais Krim Vanilla.

 

Red Wok Restaurant 

Gambar: Facebook Restoran Red Wok
Gambar: Facebook Restoran Red Wok

Restoran popular di Bandar Baru Bangi ini juga terpaksa mengucapkan selamat tinggal bermula 1 Februari 2021. Perkara ini diumumkan menerusi akaun Facebook mereka pada 26 Januari lalu. Pasti ramai yang akan rindu dengan Sotong Telur Masin, Tomyam Bangkok dan set stimbot mereka nanti.

 

Restoran Halia, East Café & China Treasure, Pusat Konvensyen Sime Darby

Selepas beroperasi 14 tahun, lokasi-lokasi selera di bawah pengurusan Pusat Konvensyen Sime Darby ini juga mengambil keputusan untuk mengundurkan diri. Pengumuman dibuat pada 14 Januari lalu.  Halal Dimsum di China Treasure selalu menjadi bualan ramai kerana keenakkan rasanya.

 

Mom’s BBQ Kuala Lumpur

Gambar: Facebook Mom's BBQ Kuala Lumpur
Gambar: Facebook Mom's BBQ Kuala Lumpur

Trak makanan yang menjadi kegemaran ramai, terutama penduduk di sekitar Taman Tun Dr. Ismail ini akhirnya terpaksa mengundurkan diri setelah melalui saat-saat sukar bermula tahun lalu. Dikendalikan oleh dua bersaudara Khairulanwar (Anwar) dan Aminuddin (Amin) bin Yahya, Mom’s BBQ Kuala Lumpur terkenal pelbagai jenis sandwich daging lembu, dan kambing menyelerakan.  

 

Hard Rock Café, Kota Kinabalu

Gambar: Robert Claypool, Unsplash)
Gambar: Robert Claypool, Unsplash)

Jenama gah dalam industri hiburan dan makanan ini juga terpaksa akur dengan situasi semasa. Hard Rock Café, Kota Kinabalu menghentikan operasi mereka pada 30 April 2020. Kafe ini mula dibuka di Kota Kinabalu pada 1 April 2015.

 

Geographer Café, Kuala Lumpur

Gambar: Instagram Geographer's Cafe
Gambar: Instagram Geographer's Cafe

Selepas tiga tahun beroperasi, kafe yang dibawa dari Melaka ini terpaksa mengundurkan diri pada Julai 2020.  Sangat popular di kalangan pelancong kerana mempunyai dekorasi ala kopitiam bagi membangkitkan suasana mesra kepada pengunjung. Ia menawarkan pilihan hidangan tempatan dan barat yang pelbagai. Terdapat juga pentas untuk persembahan secara live, untuk menghiburkan tetamu. 

 

Bubble Tea Street, SS15, Subang Jaya

Sebelum pandemik, adalah satu langkah kurang bijak jika anda ingin melalui jalan ini pada sebelah malam, terutamanya pada hujung minggu. Sebabnya, Bubble Tea Street di SS15 Subang Jaya merupakan antara lokasi paling ‘sesak’ di Subang Jaya. 

Di sinilah anda boleh memilih pelbagai jenama ‘teh buih’ atau teh boba untuk dinikmati. Kini jalan sesak itu sudah bertukar lengang, dan ada yang mengelarkannya sebagai pekan berhantu. Antara jenama yang gulung tikar ialah The Black Boss, One Zo, Whale Tea dan Kirindo.  

 

Whup Whup Subang Jaya

Lokasi selera ini biarpun menjadi tumpuan ramai sebelum pandemik bermula, ia juga tidak mampu bertahan lama. Hanya selepas beberapa bulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada tahun lalu, Whup Whup mengucapkan selamat tinggal. Bintang utamanya, Nu'Yolk yang menampilkan kerang segar dan lembut yang disajikan di atas sesudu kastard kuning telur bersama parutan keju parmesan pasti sukar dilupakan. 

 

Restoran Dill’s Shah Alam

Restoran yang terletak di Seksyen 16 ini terkenal di kalangan penduduk setempat sebagai tempat berkumpul dan bersantai bersama teman-teman. Selain menghidangkan pelbagai menu menarik dan enak, harganya juga murah. Restaurant Dill’s mengumumkan tentang penutupan mereka pada Mei 2020, tanpa menjelaskan sebab-sebab sebenar. Jadi ada kemungkinan ia adalah disebabkan COVID19.

 

Ben & Jerry’s

Jenama aiskrim, yogurt dan sorbet antarabangsa ini membuka cawangan pertama mereka di pusat membeli-belah Sunway Pyramid pada 2019 tetapi telah mengumumkan untuk menghentikan operasinya pada tahun hujung tahun lalu.  Kelembapan ekonomi akibat COVID19 penyumbang kepada keputusan ini. 

 

Rangkaian Maui Japanese Restaurant

Gambar: Instagram Restoran Maui
Gambar: Instagram Restoran Maui

Menghidangkan makanan tradisional dan fusion Jepun, restoran yang mempunyai cawangan di Sri Petaling, Damansara Perdana dan Jalan Kuching ini walaupun tidak membuat pengumuman secara rasmi, tetapi Google melabelkan ketiga-tiga cawangan ini ditutup kekal. Hantaran Facebook mereka juga sudah lama tidak dikemas kini. Kali terakhir adalah pada 30 Mei 2020. - Getaran, 1 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

4

Sukan 4 minggu yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki