Berita Terkini

4 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 1 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019 2 minggu yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff.

IKUTI KAMI


Amalkan 5 Minuman Ini Untuk Kawal Berat Badan

Obesiti adalah masalah yang membimbangkan di negara ini. Tetapi sedarkah kita bahawa apa yang kita minum membantu menambah atau mengurangkan berat badan kita?

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2021 11:40AM

Gambar: Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Obesiti menjadi salah satu masalah membimbangkan di kalangan penduduk Malaysia hari ini. Hasil kajian yang dijalankan oleh World Population Review pada 2020 mendapati Malaysia mempunyai jumlah obesiti tertinggi di Asia Tenggara. 

Lebih 15.6 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah ini berbanding dengan Brunei (14.6 peratus), Thailand (10.0 peratus) dan Indonesia (6.9 peratus). 

Gambar: Twitter NIH Malaysia
Gambar: Twitter NIH Malaysia

Dengan trend bekerja dari rumah berikutan pandemik COVID-19, tidak mustahil masalah kesihatan ini akan terus meningkat. Cuba anda perhatikan di media sosial, pasti ada di antara rakan-rakan yang mengeluh tentang kenaikan berat badan. Bukan sahaja di kalangan wanita, malah golongan lelaki juga mula berasa gusar. 

Maklumlah pergerakan di rumah cukup terhad. Mana sahaja yang boleh anda pergi? Ulang-alik bilik tidur, ruang tamu, bilik air, dan dapur sajalah. Silap-silap ada yang terperuk di bilik sahaja kerana terikat dengan komitmen kerja-kerja di pejabat. 

Apabila pihak kerajaan menghentikan Perintah Kawalan Pergerakan pada penghujung Mei dan baru-baru ini, ramai yang menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya aktiviti riadah lebih mudah untuk dilakukan. Namun, peningkatan kes COVID-19 sekali lagi mencecah angka membimbangkan, dan kini sekali lagi kita harus bekerja dari rumah. 

Baiklah, kegusaran anda tidak akan ke mana-mana jika ia tidak disertai dengan tindakan. Usahalah sebaik mungkin untuk mengelakkan diri daripada menjadi obes. Ingat, obesiti bukan hanya mengundang penyakit, malah ia juga menurunkan rasa keyakinan diri seseorang!  Memang banyak produk pelangsingan badan yang boleh didapati di pasaran. Tetapi percayalah tidak semua mendatangkan hasil jika anda gagal mengawal pengambilan makanan. 

Gambar: Bahagian Pemakanan KKM
Gambar: Bahagian Pemakanan KKM

Terdapat lima minuman yang boleh diamalkan bagi membantu anda mengawal berat badan. Jika anda turut mengamalkan diet seimbang dan berpada-pada mengambil gula dan karbohidrat, tidak mustahil berat badan boleh dikawal. Jom semak minuman berikut:

Air kosong

Air adalah sifar kalori dan ia boleh membuatkan perut berasa kenyang jika diminum dengan betul. Ia bukan sahaja membuang toksin dalam badan, malah ia sangat berkesan dalam membantu untuk menurunkan berat badan yang berlebihan. Boleh juga ditambah dengan hirisan buah lemon segar, limau nipis, timun, atau pun tomato kerana sayuran ini juga memberi banyak manfaat, selain menambah perisa.

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

Kopi Hitam 

Secawan kopi hitam di awal pagi atau segelas kopi ais pada waktu tengah hari sebenarnya membantu untuk menurunkan berat badan. Ia berfungsi untuk merangsang kafein yang boleh mengawal nafsu makan. Malah ia juga mampu memanaskan tubuh badan dan meningkatkan metabolisme badan. Cuma, kurangkan gula dalam kopi atau gunakan susu skim.

Teh Hijau

Teh Hijau terbukti berkesan membantu melangsingkan tubuh. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme. Cuba amalkan minum teh hijau sama ada sejuk atau panas. Teh hitam dan oolong juga membantu kerana kedua-duanya mengandungi anti-oksidan yang boleh menyingkirkan toksin dalam badan. Pastikan teh tidak ditambah gula ya.

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

Jus Strawberi

Pengambilan strawberi meningkatkan penghasilan dua hormon penting iaitu adiponektin dan leptin yang membantu membakar lemak serta meningkatkan metabolisme tubuh badan. Untuk mendapatkan kesan terbaik, minumlah jus ini sekurang-kurangnya sekali sehari. Bukan sahaja menyegarkan, ia turut membantu detoksifikasi hati dan menentang penyakit kanser.

Jus Sayuran 

Tidak kisahlah jus yang siap di beli dalam tin, botol atau pun buatan sendiri, jus sayuran adalah salah satu cara yang berkesan untuk memberi serat dan nutrien kepada tubuh badan untuk membantu tubuh badan kita menurunkan berat badan. Jika dibeli, pastikan jus tidak mengandungi gula tambahan.  Pengambilan sayuran dan buah-buahan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. - Getaran, 1 Februari 2021

Gambar: Unsplash
Gambar: Unsplash

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

3

TARA 7 bulan yang lalu

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Makanan Macam 'Goodies' Majlis Kahwin, MAB Jadi Bahan Lawak Penumpang

Sorotan

1

Beberapa Kawasan Di Subang, Sungai Buloh Dilanda Banjir

2

Lee Akan Dilantik Sebagai Menteri Kanan Dalam Kabinet Baharu - Wong

3

Gangguan Kuasa Jejas Kekerapan Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya

4

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

5

Tiada Halangan MMC Jual Saham MMC Port, Namun Perlu Patuhi Dasar - Menteri

6

Rasionalisasi Subsidi Mampu Tangani Isu Ketirisan, Seludup Diesel - Pakar Ekonomi

7

Kolam Selam Tempur Kem Iskandar, Mersing Siap Jun - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Gaya 22 jam yang lalu

Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

oleh Rahayu MN

Jelajah 10 jam yang lalu

5 Tempat Untuk Hilangkan Tekanan Bersama Keluarga, Rakan

Pelbagai destinasi menarik, berlatarkan keindahan alam semulajadi hinggalah pengembaraan taman tema yang mendebarkan boleh dijadikan pilihan

oleh Rahayu MN