Berita Terkini

40 minit yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tiru Diet Selebriti Hollywood Demi Bentuk Badan Menawan

Seandainya anda terdesak untuk menurunkan berat badan, berikut lima diet selebriti Hollywood yang terbukti berhasil.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jan 2022 3:02PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Diet, diet, diet! Mana mungkin perkataan yang satu ini lenyap dari muka bumi. Biarpun ramai mahu melenyapkan perkataan ‘diet’ terutamanya ketika sedang menikmati percutian, tidak sedikit juga yang merindui perkataan ini apabila tubuh badan mula melebar. Begitu juga ketika bacaan darah ‘tidak cantik’. Kandungan gula semakin tinggi, kolesterol juga mencanak naik.

Jadi, sayangilah perkataan diet ini kerana ia memainkan peranan penting dalam kehidupan. Selain senaman, kesejahteraan hidup anda bergantung kepada diet sihat. Jika ingin menurunkan berat badan, diet adalah pendorong utama penurunan berat badan. Bukannya senaman! 

Mengapa begitu? Ini kerana senaman fizikal secara aktif boleh meningkatkan selera makan dan metabolisme anda. Ini bermakna mereka yang terikat dengan rejim latihan juga cenderung meningkatkan pengambilan kalori mereka setiap kali selepas bersenam.

Selain itu, terdapat juga kajian yang membuktikan bahawa senaman sahaja tidak dapat menurunkan berat badan seandainya anda tidak mengambil kira jumlah kalori yang masuk ke dalam tubuh badan. Selalunya, mereka yang bersenam mudah ‘terpedaya’ kerana percaya aktiviti itu telah membakar banyak kalori. Namun, hakikatnya juadah yang dimakan selepas bersenam mungkin tiga kali ganda daripada yang dibakar. 

Untuk mengelakkan perkara ini, anda perlu komited untuk menyimpan buku harian makanan yang menyenaraikan setiap kalori yang anda makan bersama dengan pengambilan gula dan lemak. Dengan cara ini anda boleh menghitung jumlah kalori yang telah diambil pada setiap hari.

Seandainya anda sangat terdesak untuk menurunkan berat badan, berikut lima diet selebriti Hollywood yang terbukti berhasil. Senarai ini dikeluarkan oleh majalah gaya hidup, Marie Claire (edisi Australia).

Diet Paleo - Jessica Biel

Diet yang paling banyak di enjin carian ‘google’ pada 2013. Ia adalah diet yang diamalkan oleh beberapa selebriti Hollywood yang bentuk badannya paling dicemburui. Jessica Biel memuji trend ‘diet zaman batu’ ini kerana dia berjaya mendapatkan bentuk badan idaman.  

“Diet paleo melangsingkan badan serta menghilangkan sedikit lemak dan berat air terus dari tubuh badan anda,” ujar Jessica.

Jadi, apa yang ada di dalam menu? Pengamal diet Paleo menyingkirkan semua bijirin, tenusu dan kekacang dalam diet harian mereka. 

"Saya banyak memasak di rumah menggunakan ikan segar atau daging tanpa lemak seperti ayam dan sayur-sayuran," ujar Jessica.

The Clean Program - Gwyneth Paltrow

Gwyneth Paltrow terkenal sebagai ratu hidup sihat. Dia mengaku melakukan detok dua hingga 3 kali setahun dengan durasi 3 minggu berturut-turut. Untuk menjalani detok ini, ia mengikuti The Clean Program yang dirancang pakar jantung, Alejandro Junger.

Program ini memerlukan peserta menjauhkan makanan yang mengandungi gluten, produk susu, telur, gula, alkohol dan makanan lain yang pemicu alergi. Sepanjang tempoh detok, peserta harus makan dua menu dalam bentuk cecair pada setiap hari seperti jus, smoothies atau sup.

Diet Atkin - Kim Kardashian

Tertanya-tanya bagaimana Kim Kardashian menurunkan berat badan dengan cepat selepas melahirkan bayinya? Menyifatkan proses penurunan berat badan sebagai ‘cabaran paling hebat’ dalam hidupnya, Kim kehilangan kira-kira 25 kilo dalam masa 11 bulan sebelum hari perkahwinannya. 

Kim mengamalkan diet Atkin di mana ia mengambil makanan kaya protein yang tinggi dengan lemak sihat seperti avocado, kekacang, telur, buah-buahan segar, sayur-sayuran dan keju. Karbohidrat dielakkan sama sekali. 

Mereka yang mengikuti diet ini diminta supaya berhenti mengira kalori, sebaliknya pastikan anda mengambil tiga hidangan bersaiz biasa dan dua makanan ringan setiap hari.

Diet Alkali - Victoria Beckham

Bekas ahli kumpulan Spice Girl, pereka fesyen dan ibu kepada empat anak, Victoria Beckham memberitahu diet Alkali sebagai kaedah untuk dia mengekalkan bentuk badan menawan. Diet ini cuba mengekalkan tahap pH badan antara 7.35 dan 7.45 dengan akhirnya menyasarkan pengamal diet untuk makan 80% makanan beralkali (buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, adas, brokoli, limau gedang dan kangkung dianggap paling beralkali) dan 20% makanan berasid (gandum, produk tenusu, kopi, gula, daging, ikan dan alkohol).

Dilaporkan, diet harian Victoria termasuk ikan bakar, salmon salai, telur hancur, tuna sirip kuning, salad sushi dan smoothie beri biru yang berkesan mengawal penuaan kerana kandungan omega 3 yang tinggi. Mereka yang mengekalkan diet beralkali berbangga dengan peningkatan tahap tenaga, peningkatan daya ingatan, serta pencegahan kanser dan penyakit jantung.

Diet 5 Faktor - Megan Fox

Salah seorang selebriti paling dicemburui di Hollywood, Megan Fox mengamalkan diet 5 Faktor yang diasaskan oleh jurulatih selebriti, Harley Pasternak.

Melibatkan pelan lima minggu, diet ini memerlukan peserta makan lima kali sehari dengan setiap hidangan dibuat menggunakan lima kumpulan makanan termasuk protein, lemak sihat, karbohidrat sihat, serat dan minuman tanpa gula. Satu 'hari curang' dibenarkan di mana mereka yang berdiet boleh makan apa yang mereka suka pada hari tersebut.

"Megan dan Brian (bekas suaminya sekarang) makan dengan baik. Mereka berdua memasak dan suka menggunakan pengisar mereka. Mereka suka resipi smoothie saya! Kegemaran Megan ialah smoothie merah, iaitu apa sahaja buah beri yang ada pada musimnya, teh chai, satu sudu serbuk protein dan sedikit susu badam,” kongsi Harley.

Mana satu pilihan anda? Selamat mencuba! - Getaran, 24 Januari 2022

Gambar: Instagram semua selebriti di atas

Berita Berkaitan

1

Seni & Hiburan 6 hari yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

2

Selebriti 1 minggu yang lalu

Datuk Red Sedang Usaha Untuk Langsaikan Hutang Sebanyak RM7 Juta, Akui Pernah Jadi ‘Scammer’

3

Selebriti 1 minggu yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

4

Selebriti 2 minggu yang lalu

Puteri Aishah Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Sorotan

1

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

2

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

3

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

4

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

5

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

6

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Refleksi 19 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Gaya 4 jam yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki