Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Makanan Lewat Malam Jangan Lebih 300 Kalori

Jika lapar lewat malam, anda masih boleh makan tetapi elakkan makanan melebihi 300 kalori. Jom semak apakah makanan yang sesuai untuk anda nikmati.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2021 8:07AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika waktu menginjak ke jam 11 .00 malam, perut anda mula berbunyi-bunyi minta diisi. Padahal jam 8.00 malam tadi anda sudah pun menikmati sepinggan nasi bersama lauk-pauk yang bukan sedikit. 

Jika berhadapan dengan situasi ini, apa yang anda lakukan? Cepat-cepat masuk tidur atau mula selongkar peti sejuk dan kabinet dapur mencari makanan yang boleh dinikmati?

Jika sering berhadapan dengan situasi ini, anda harus tahu jenis makanan atau snek yang sesuai untuk lewat malam. Ini kerana jika tersalah pilih, banyak risiko kesihatan lain yang terpaksa ditanggung kemudian hari.

Satu fakta yang anda harus tahu, anda masih boleh makan sesuatu, tetapi elakkan makanan yang melebihi 300 kalori. Jom semak senarai snek yang boleh anda nikmati pada lewat malam.

Bertih jagung

Bertih jagung memang dibolehkan tetapi jangan berangan untuk makan semangkuk popcorn caramel atau kaya dengan mentega. Sebaliknya, buat popcorn sendiri perisakan dengan paprika, serbuk kulit kayu manis atau sedikit garam untuk menambah selera. Sedikit madu juga tidak memudaratkan. 

Pisang

Pisang bukan sahaja menyihatkan dan mengenyangkan tetapi ia juga adalah sumber terbaik triptofan yang membantu anda mendapatkan tidur lena.

Puding biji chia 

Sediakan Puding biji chia setiap hari jika anda biasa makan lewat malam. Tidak susah menyediakannya dan anda boleh buat carian di internet untuk resipi. Biji chia mengandungi Omega3 untuk kesihatan jantung, protein, serat, antioksida dan nutrien penting seperti kalsium, magnesium serta vitamin B3. Ia boleh memberi rasa kenyang yang panjang.

Yogurt rendah lemak

Snek ini amat popular dalam kalangan mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Dengan kandungan kalori serendah 100 hingga 150, kajian mendapati yogurt dapat membantu melegakan perut daripada masalah penghadaman.

Sebiji epal dan mentega kacang

Mungkin anda tidak tahu dan tidak pernah mencuba menu ini. Menu ini agak popular dalam kalangan mereka yang cuba menurunkan berat badan. Sebiji epal kaya dengan fiber dan ini akan membuatkan perut anda berasa kenyang. Sementara kacang dan mentega yang kaya dengan protein akan membantu anda untuk tidur lebih lena.

Telur dadar sayur-sayuran

Walaupun telur dadar mungkin kelihatan sebagai pilihan paling sihat untuk menu lewat malam, namun anda perlu bijak memilih ramuan. Janganlah gunakan keju atau makanan berlemak, sebaliknya buat versi lebih sihat di rumah dengan memasukkan sayur-sayuran.

Telur rebus

Sebiji telur rebus (50 gram) mengandungi kira-kira 72 kalori. Jadi anda boleh makan 2 biji telur rebus jika perut terasa lapar. 

Buah-buahan

Antara buah-buahan yang sesuai diambil ketika lewat malam adalah pisang, epal, pic, plum, ceri, anggur dan mangga. Selain dimakan terus, buah ini juga boleh diproses sebagai jus ataupun smoothie yang mampu mengenyangkan perut.

Semangkuk oat dan buah-buahan

Oat adalah pilihan makanan rendah lemak yang berkhasiat. Untuk penambah perisa, campurkan hirisan buah-buahan dan susu bersama oat. 

Daging ayam

Protein tanpa lemak bukan sahaja baik untuk otot bahkan juga membantu perut berasa kenyang tanpa menambah berat badan. Tetapi pastikan daging ayam yang ingin dimakan dimasak dengan cara yang sihat seperti panggang atau bakar.

Jom cuba buat resipi yang dikongsi oleh @realfoodwithjessica ini di rumah.

 

Ayam Lemon Mentega

Gambar: Instagram @realfoodwithjessica
Gambar: Instagram @realfoodwithjessica

Bahan-bahan:

8 ketul dada atau paha ayam 

1 biji limau nipis, di perah jusnya

3 sudu besar minyak sapi

1/4 cawan krim kelapa

1/2 sudu teh serbuk bawang putih

1/2 sudu teh garam

2 sudu besar rosemary segar yang dicincang

Penyediaan:

1. Panaskan ketuhar hingga 200 darjah selsius dan susun ayam ke dalam dulang pembakar dengan bahagian kulitnya menghadap ke bawah.

2. Taburkan sedikit garam kemudian terbalikkan supaya bahagian kulit berada di sebelah atas. Ketepikan.

3. Dalam periuk sederhana, satukan kulit lemon dan jus, minyak sapi, krim kelapa, serbuk bawang putih, garam, dan rosemary.

4. Kacau dengan api sederhana sehingga semuanya sebati.

5. Tuang adunan ke atas ayam dan bakar selama 40 hingga 45 minit atau sehingga sehingga masak.

6. Jika anda mahu kulitnya garing, naikkan suhu ketuhar kepada 260 darjah selsius dan bakar selama 5 hingga 10 minit lagi.

7. Sedia dihidangkan.

Selamat mencuba!

Gambar: Unsplash kecuali yang tertera

Rujukan: Womenshealthmag.com

Berita Berkaitan

1

Refleksi 1 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

3

TARA 4 bulan yang lalu

Wanita, Buatlah Ujian Saringan Kesihatan, Jangan Takut

4

Selera 5 bulan yang lalu

Nikmati Snek IRVINS Pada Musim Perayaan Ini

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki