Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bahan Kisar Siap Sedia Mudahkan Tugas Suri Rumah

Tidak perlu lagi mengupas, menghiris bawang, halia, kunyit, lengkuas dan sebagainya. Hanya beli bahan kisar siap sedia, anda boleh sediakan hidangan kegemaran pada bila-bila masa.  

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2021 2:52PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Memasak bukan lagi satu tugasan yang rumit atau memenatkan. Dengan pelbagai pilihan produk makanan di pasaran, memasak kini mungkin menyeronokkan bagi sesetengah orang. Lebih-lebih lagi dalam kalangan suri rumah yang rutin hariannya padat, begitu juga wanita bekerjaya.

Selain membeli makanan segera, anda juga boleh membeli campuran rempah-ratus dan bahan-bahan tumisan untuk menjimatkan masa.

Tidak perlu lagi mengupas, menghiris bawang, halia, kunyit, lengkuas dan sebagainya. Hanya beli bahan kisar siap sedia dan anda boleh sediakan hidangan kegemaran pada bila-bila masa.  

Salah satu produk yang boleh dijadikan pilihan ialah Kitchen Saver yang dipasarkan oleh Anggun Lufya Empire Sdn Bhd. Produk bumiputera yang menjengah pasaran sejak April 2020 ini menghimpunkan pelbagai jenis bahan kisar terdiri daripada Bawang Putih Kisar, Bawang Holland Kisar, Bawang Besar Kisar, Kunyit Kisar, Lengkuas Kisar, Serai Kisar, Cili Padi Kisar, Cili Kering Kisar dan Halia Kisar. 

Menurut Pengarah Syarikat, Nur Harfiza Hashim,33, produk yang dipasarkan oleh syarikat mereka menjanjikan pengalaman memasak yang mudah dan menjimatkan masa.

Bahkan, tiada bahan pengawet serta pewarna tiruan. Jika disimpan dalam peti sejuk, ia tahan sehingga sebulan. Manakala, jika di peti sejuk beku tahan sehingga setahun.

“Apabila kami memperkenalkan produk ini, ramai ingin tahu sama ada ia berkualiti atau sebaliknya. Berdasarkan maklum balas yang kami terima, termasuklah daripada pelakon popular Zara Zya, dia berpuas hati dengan bahan kisar Kitchen Saver.”

“Menurut Zara Zya, tekstur bahan kisar daripada kami tidak terlalu lumat, berbeza dengan produk lain di pasaran. Selain itu, suka saya kongsikan di sini bahawa produk kami mampu bertahan selama sebulan jika di simpan dalam ruang simpanan biasa peti sejuk. Manakala jika disimpan di dalam tempat beku ia mampu bertahan selama setahun.”

"Malah, untuk menarik perhatian pengguna, kemasan atau label produk kami juga direka khas mengikut tema tertentu khususnya pada hari perayaan,” ujar Harfiza.

Sebagai jenama bahan mentah kisar kasar yang pertama di Malaysia, Kitchen Saver terus berusaha untuk mempersembahkan produk yang dijamin berkualiti, bersih dan halal.

Selain diiktiraf halal, ia juga menerima khidmat nasihat serta bekalan bahan mentah daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Jika anda penggemar hidangan asam pedas, jom cuba buat sendiri di rumah. Resipi berikut dikongsi oleh Kitchen Saver.

Asam Pedas Ikan Kembung

Bahan-bahan:

1 sudu bawang besar Kitchen Saver

1/2 sudu bawang putih Kitchen Saver

1 sudu serai Kitchen Saver

1 sudu halia Kitchen Saver

1 sudu lengkuas Kitchen Saver

3 sudu cili kering Kitchen saver

2 keping asam keping

Air untuk kuah (ikut selera anda, jika mahu kuah yang cair guna lebih air)

Daun kesum

Bunga kantan

1 biji bawang besar (dibelah dua)

Kacang bendi

Garam secukup rasa

Ikan kembung - digoreng dulu (boleh juga gunakan yang mentah)

Tomato

Cara membuatnya:

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bahan-bahan kisar dari Kitchen saver tadi dan biar sehingga pecah minyak.

2. Masukkan asam keping, air mengikut selera.

3. Masukkan daun kesum, bunga kantan dan bawang besar yang telah dibelah dua.

4. Setelah mendidih masukkan bendi dan garam secukup rasa.

5. Akhir sekali masukkan ikan kembung dan tomato. Biarkan seketika dan tutup api.


Gambar: Kitchen Saver

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Ditipu Penjual Barangan Terpakai, Suri Rumah Rugi Lebih RM30,000

2

Semasa 1 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki