Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Shuib Kuatkan Hati Saat Rindukan Siti Sarah

Reda dan lapang dada melepaskan bidadari syurganya menemui Sang Pencipta, jauh di hati Shuib terselit rasa cemburu namun waktu sama bangga apabila pemergian Siti Sarah merupakan pengakhiran yang baik.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 2:39PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtuh atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, kini benar-benar reda dengan pemergian bidadari syurganya, Siti Sarah Raisuddin, 36, yang telah menyahut seruan Ilahi akibat wabak COVID-19.

Siti Sarah meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), jam 5.13 pagi semalam dan sebelum itu melahirkan zuriat keempat mereka, Ayash Affan melalui pembedahan pada 6 Ogos lalu.

“Awalnya, hati saya berbolak-balik. Antara reda dengan tidak. Sampai satu tahap saya seolah-olah memberontak. Kenapa Allah SWT pilih untuk memberikan dugaan ini kepada saya sedangkan ada ramai lagi manusia di luar sana. Kenapa pilih isteri saya? 

“Tapi, saya juga tidak mahu dia penat. Saya tidak mahu dia tercari-cari jalan keluar. Saya harus lepaskan dia pergi kerana orang yang hendak saya rebutkan ini adalah kepunyaan Allah SWT. 

“Saya hanya boleh meminta, merintih bahawa saya perlukan dia, anak-anak perlukan dia, keluarga perlukan dia. Tetapi, Allah SWT lebih mahukan dia. Apalah daya saya untuk menahannya kerana DIA adalah pemilik sebenar dan berhak untuk memiliki semula apa yang dipinjamkan kepada saya selama ini,” katanya. 

Jelas Shuib lagi, apabila doktor menghubungi pada jam 5.10 pagi bagi memaklumkan Siti Sarah sudah nazak, dia tekad untuk melepaskan belahan jiwanya itu pergi. 

“Lagipun, saya sudah berjanji dengan dia untuk jadikan dia ketua bidadari syurga. Jadi, saya harus korbankan diri untuk melepaskan dia. 

“Saya cakap kepadanya saya harus melepaskan dia pergi. Saya ampunkan segala dosa-dosa dia. Saya juga sempat bacakan kalimah syahadah, agar dia dapat ikut sama,” katanya.

Shuib turut mengakui bahawa reda itu adalah sesuatu yang luar biasa. Segalanya dipermudahkan Ilahi apabila dia redha untuk melepaskan pergi isteri tercinta. 

“Setelah saya reda untuk lepaskan dia pergi, Alhamdulillah dia pergi dengan baik sekali. Saya dapat buat solat jenazah dan dapat masukkan jenazah ke liang lahad. Saya dapat melihat pemergiannya yang luar biasa. 

“Apabila mahu tinggalkan tanah perkuburan, dalam langkah ketujuh saya toleh ke belakang untuk melihat pusaranya, hati berasa sangat lapang. Saya rasa seolah-olah dia sedang tersenyum, berada di taman syurga sambil  berlari-lari dan menyanyi. Dia memang suka menyanyi.

“Ustaz Don cakap dengan saya, Siti Sarah seorang yang hebat kerana meninggal dunia pada subuh Awal Muharram dan pada subuh hari yang sama Nabi Muhammad SAW dilahirkan. 

“Jauh di sudut hati, saya cemburu dengan dia (Siti Sarah) tetapi pada waktu yang sama bangga kerana pemergiannya adalah suatu pengakhiran cerita yang sungguh luar biasa,” katanya. 

Semalam adalah hari pertama Shuib  menjalani kehidupan tanpa isteri dan anak seni kelahiran Johor ini benar-benar berharap agar Allah SWT dapat menguatkan hati dan semangatnya. 

“Sebelum ini, walaupun dia tiada di sisi, saya tahu dia ada di hospital. Tetapi, sekarang saya kena terima hakikat yang dia benar-benar sudah tiada dalam hidup saya. 

“Ada masanya saya merindui dia dan rindu itu menyeronokkan. Kami pasangan yang unik, boleh kongsi apa sahaja perkara. Kami buat benda sama-sama. Namun, selepas ini semua itu tiada lagi. 

“Sepanjang  tiga bulan PKP, kami sempat karaoke bersama. Dia juga selalu minta saya urut sampai dua jam setiap hari. Kalau tak urut, muka dia akan 'petak' dan dia akan cakap yang dia penat bawa bayi kami. Mahu tak mahu kenalah urut dia dengan syarat dia benarkan saya tonton Netflix 

“Dia juga minta saya mandikan dia. Bila bapa saya tanya dia dah mandi ke belum, dia beritahu saya belum mandikan dia. Jadi, saya terpaksa mandikan dia. Mandi pula bukan sekejap, tahulah perempuan. Mandinya satu jam sampai kecut biru jari-jemari saya. 

“Bila selalu buat, jadi seronok pula. Dia pula pandai ambil hati saya. Bila dah suruh saya buat itu ini dia akan upah dengan masak masakan yang sedap. Siap tanya lagi nak makan apa untuk tengah hari, petang dan malam,” katanya. 

Sambung Shuib lagi, dia menyifatkan sepanjang tiga bulan itu sebagai tempoh mereka berkasih sayang dan melakukan banyak kegiatan bersama. 

“Mungkin memang ini rancangan Allah SWT. DIA mahu saya menikmati detik itu sebelum mengambil Siti Sarah. Sebelum ambil, berlaku dugaan dahulu apabila seluruh keluarga disahkan positif COVID-19 pada 26 Julai lalu.

“Dan, apabila dia dimasukkan ke hospital selama lima hari, saya berasa gusar, tidak tenteram, rindu dan segala macam perasaan lain. 

“Setiap hari bunyi deringan telefon rasa sangat menakutkan. Saya fobia, jantung rasa bagai nak gugur bimbang berita yang diterima itu menyedihkan. Akhirnya, selepas lima hari, Allah SWT ambil dia.

“Namun, apa yang saya nampak tentang kisah saya dan Siti Sarah ini, Tuhan sebenarnya mahu kita menghargai pasangan kita. Sentiasa berkasih sayang. 

“Kena lakukan banyak perkara manis bersama-sama. Adakalanya, kita terlepas pandang untuk melakukan hal-hal sebegini dengan pasangan kita,” katanya lagi. 

Sehingga saat ini, Shuib masih belum mengerti mengapa Siti Sarah sanggup terima dan memilihnya sebagai pasangan hidup sedangkan pada ketika itu dia masih belum punya apa-apa. 

“Saya insan biasa. Orang kampung.  'Kutu haprak'. Tiba-tiba, ada pulak orang mahukan saya. Dan, orang yang nakkan saya itu pulak artis popular. Bertuahnya saya. 

“Dia boleh ikut dan sokong saya. Sanggup bersusah senang dan terima saya dalam apa jua situasi. Saat dia datang ke rumah saya, waktu itu lantai hanya beralaskan surat khabar sebagai tikar. 

“Saya bersyukur kerana Allah SWT telah pinjamkan dia kepada saya selama 11 tahun dan dia memang bawa tuah dalam hidup saya dan keluarga saya,” katanya. 

Cabaran yang bakal ditempuh Shuib selepas ini tidak pastinya bagaimana mahu menangani emosi anak-anaknya, Uwais Alqarni,10, Dzkira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6, serta memberikan sepenuh kasih sayang kepada Ayash Affan yang baru berusia lima hari. 

“Memang tahu ibu mereka sudah tiada. Namun, fitrah kanak-kanak apabila merindui ibu, mereka akan menangis. Saat itulah yang buat hati saya koyak. 

“Mereka sudah mula bertanya tentang ibu. Di mana ibu mereka dan saya perlu jelaskan ke mana ibu pergi dan kenapa ibu mereka tiada. 

“Setelah pemergiannya, saya berjanji untuk menjaga anak-anak. Dia sudah melakukan tugasnya dan kini giliran saya pula untuk memastikan anak-anak menjadi insan soleh dan solehan, 

“Saya harus bersedia dan tukar diri dan kehidupan saya 360 darjah. Sebelum ini, saya jahil. Banyak perkara saya tidak tahu. 

“Demi mendidik dan membesarkan anak-anak, saya harus menjadi ibu dan bapa yang terbaik kerana mereka memiliki seorang ibu yang hebat.

“Bila saya rindu Sarah, saya akan tengok muka Uwais kerana wajahnya mirip Sarah ," tuturnya.  

Shuib turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan Siti Sarah dari saat isterinya itu dimasukkan ke wad ICU sehingga menghembuskan nafas terakhir serta serta dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak 

“Ramai yang risau dan bimbang dengan keadaan Sarah. Ramai mendoakannya dengan satu tujuan untuk meraih kemenangan agar dia dapat diselamatkan. Tetapi, kita kena terima hakikat bahawa kemenangan itu bukan milik kita,” katanya yang kini kembali sibuk menguruskan perniagaan Bubble Bee. 







































 

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 8 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 19 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

oleh Rahayu MN