web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sudah Lama ‘Move On’, Sufian Suhaimi Akui Sedang  Menjalin Hubungan Istimewa Dengan Seorang Pelajar

Menurut Sufian, wanita berkenaan adalah orang biasa yang masih bergelar pelajar yang dikenali sejak tahun lalu.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 1:00PM

Gambar ihsan Universal Music Malaysia & Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak sendiri lagi! Penyanyi popular, Sufian Suhaimi mengakui dia kini sedang menjalan hubungan cinta dengan seorang gadis.

Namun menurut jejaka berusia 31 tahun ini, wanita yang kini sedang bertakhta dihatinya itu bukanlah daripada kalangan selebriti, tetapi seorang pelajar.

“Sebenarnya saya tidak berapa gemar untuk bercerita tentang dia secara umum. Kalau boleh apa yang saya mahu ketengahkan adalah tentang kerjaya saya.

“Tapi bukan bermaksud saya mahu berahsia atau apa. Cuma saya tidak mahu kisah cinta menjadi fokus utama berbanding kerjaya,” katanya ketika ditemui di sidang media pelancaran lagu ‘Budi’  kolaborasinya bersama Luca Sickta dan Kmy Kmo.

Kongsi Sufian lagi, dia baru sahaja mengenali wanita berkenaan pada tahun lepas.

Ditanya adakah dia rimas apabila sering diasak dengan soalan mengenai cinta, kata pelantun lagu ‘Di Mata Mu’ ini, dia tidak pernah rasa sebegitu.

“Saya okay sahaja. Kalau orang tanya saya akan jawab. Tak adalah saya nak berahsia. Saya pun keluar dengan dia macam biasa,” katanya.

Sementara itu bercerita mengenai lagu ‘Budi’ , kata Sufian kali ini dia mahu menampilkan kelainan dalam genre muziknya dengan memilih lagu berentak tradisional.

“Saya dah kenal Luca dan Kmy dah lama. Pada tahun 2019, kami pernah cuba untuk buat lagu tetapi macam tak jumpa bunyi yang sesuai.

“Saya sebenarnya sering dengar lagu-lagu tradisional dan seloka. Jadi bila Luca dan Kmy buat lagu ini untuk saya, saya rasa ia sesuatu yang unik dan segar.

“Sebelum ini, saya banyak menyanyi lagu sedih. Untuk lagu ini, Luca minta saya rekod sambil senyum sebab dia nak bunyi itu kedengaran berbeza dengan lagu-lagu yang saya pernah menyanyi sebelum ini.

Menurut Luca pula, sudah lama peminat meminta dia dengan  Sufian berkolaborasi kerana mereka sering dikatakan memiliki rupa paras yang sama.

“Ramai yang cakap muka kami sama dan selalu minta kami berkolaborasi. Saya dan Kmy memang cuba untuk bawa Sufian keluar daripada genre yang selalu dia nyanyikan.

“Sebenarnya Sufian mempunyai kemampuan untuk menyanyikan lagu genre pop selain daripada balada. Kini peminat boleh tengok Sufian tersenyum dengan lagu sebegini,” katanya.

Bagi Kmy pula, lagu ‘Budi’ menerapkan unsur lawak dan tradisional yang banyak diambil daripada celoteh seloka.

"Saya ambil sedikit sebanyak contoh daripada lagu-lagu Tan Sri SM Salim, Datuk M Nasir, dan Pak Ngah. Daripada situlah saya dapat idea penulisan lagu ‘Budi’ ," kongsinya.

Sejak dilancarkan pada 25 November lalu, lagu ‘Budi’  telah berjaya meraih jumlah tontonan sebanyak 1 juta di YouTube. Malah telah berjaya berada dalam carta radio popular seperti Era dan Suria. - Getaran, 9 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 4 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN