web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berikan Saya Sedikit Masa, Saya Akan Kembali – Sissy Iman Akui Otaknya Sedang Kosong Sekarang Ini! 

Penyanyi dan pengacara Sissy mengakui dirinya tidak dapat memberikan fokus yang sepenuhnya terhadap persiapan untuk konsert mingguan Famili Duo bagi minggu ketujuh yang bakal berlangsung pada Ahad ini. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 5:00PM

Naim Daniel dan Sissy Iman membawakan lagu berentak keroncong baru-baru ini. - Gambar Instagram Sissy Iman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan pengacara Sissy mengakui dirinya tidak dapat memberikan fokus yang sepenuhnya terhadap persiapan untuk konsert mingguan Famili Duo bagi minggu ketujuh yang bakal berlangsung pada Ahad ini. 

Justeru itu, dia memohon maaf kepada sepupunya, Naim Daniel yang menjadi pasangan duonya dalam program hiburan berbentuk nyanyian itu kerana gagal membuat persiapan rapi yang sepenuhnya seperti mana minggu-minggu lalu. 

Gambar ihsan TV3
Gambar ihsan TV3

“Hari ni, hari Rabu. Selama enam minggu sebelum ini, hari inilah hari di mana kita dah mengesahkan konsep persembahan. 

“Kita langgar waktu dengkur kita dengan perbincangan dan pastikan kertas kerja yang kita buat bersama dah siap supaya pihak produksi sudah boleh persembahkan kepada props, penata gaya dah boleh cari baju. 

“Dan, hari inilah hari yang sepatutnya kita dah dapat audio dari pengarah muzik selepas selesai latihan dengan band yang selalunya hari Isnin, kita dah siap arrange form. Tapi minggu ini, dalam otak saya kosong. Tak ada lagu. Tak ada visual,” katanya.

Mengakui bahawa dia dengan Naim Daniel sudah berjanji untuk untuk sama-sama menghadap apa-apa kemungkinan jauh sebelum pertandingan ini bermula, namun Sissy mengakui gagal berbuat demikian.

Dalam perkongsiannya, Sissy memohon maaf dan meminta diberi sedikit masa untuk bangkit semula. - Gambar fail
Dalam perkongsiannya, Sissy memohon maaf dan meminta diberi sedikit masa untuk bangkit semula. - Gambar fail

“Saya minta maaf sebab tak dapat jadi sekuat awak. Saya minta maaf sebab awak kena hadap semua pertanyaan seorang diri. 

“Saya minta maaf atas semua panggilan dan mesej awak yang saya tak jawab sebelum ini sedangkan semua ini sepatutnya menjadi tanggungjawab kita bersama. Tak semena-mena anda kena melaluinya seorang diri. 

“Sissy minta maaf juga pada semua rakan-rakan media dan rakan-rakan kerana meninggalkan anda semua di dalam kegelapan, seperti mana diri saya yang berada dalam gelap juga. 

“Jangan risau. In Sha Allah, saya akan kembali. Beri Sissy sedikit masa sahaja lagi ya? Sayang semuanya,” tulisnya. – Getaran, 25 Januari 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Terlalu Awal Untuk Hakimi Kerajaan Perpaduan Gagal - Fadillah

3

Kolum 3 tahun yang lalu

Anugerah Juara Lagu Dan Aku: Penyanyi Wanita Harus Insaf Untuk Menjerit-Menjerit!  

4

TARA 3 tahun yang lalu

Kita Harus Beri Kemerdekaan Kepada Bakat Seni Untuk Berkarya Dan Cetuskan ‘Signature’ Mereka – Ellie Suriaty 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN