Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ada Apa Dengan Hoshi Seventeen Dan Lee Soo Hyuk, Sekadar Kawan Atau Memang Bercouple? 

Ahli kumpulan Kpop Seventeen, Hoshi kini sedang meraih perhatian apabila tersebarnya gosip hubungan cintanya dengan seorang pelakon.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 5:00PM

Hoshi (kiri) dan Lee Soo Hyuk - Gambar Instagram Hoshi dan Lee Soo Hyuk 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ahli kumpulan Kpop Seventeen, Hoshi kini sedang meraih perhatian apabila tersebarnya gosip hubungan cintanya dengan seorang pelakon. Namun, gosip cinta itu bukanlah melibatkannya dengan pelakon wanita tetapi lelaki! 

Pelakon lelaki yang dimaksudkan itu adalah Lee Soo Hyuk daripada YG Entertaiment. Sebelum ini, mereka memang dilaporkan berkawan rapat. 

Tetapi hubungan rapat mereka itu menjadi ‘sesuatu’ apabila Lee Soo Hyuk tidak segan silu menunjukkan kemesraan dan sokongannya terhadap Hoshi. 

Soo Hyuk juga sering memberikan hadiah kepada Hoshi. - Gambar Instagram Hoshi
Soo Hyuk juga sering memberikan hadiah kepada Hoshi. - Gambar Instagram Hoshi

Bahkan, Soo Hyuk juga sering memberikan hadiah kepada Hoshi, termasuk rantai dan apabila Hoshi mahukan sebuah topi, aktor itu juga tidak berfikir dua kali untuk memberikan hadiah kepada ahli kumpulan Seventeen itu. 

Dek kerana itu, hubungan persahabatan mereka sentiasa menjadi perhatian daripada peminat mereka masing-masing. 

Terbaharu pada 12 Januari yang lalu, Hoshi memeranjat peminatnya apabila memuatnaik sebuah hantaran di Instagram yang menunjukkan dia berada di pawagam untuk menonton filem The Firt Slam Dunk. 

Hoshi dan Soo Hyuk turut dilihat menonton filem The Firt Slam Dunk bersama. - Gambar Instagram Lee Soo Huk 
Hoshi dan Soo Hyuk turut dilihat menonton filem The Firt Slam Dunk bersama. - Gambar Instagram Lee Soo Huk 

Namun, dia tidak berseorangan. Di dalam selfie yang dimuatnaiknya itu, dia menonton filem itu bersama Lee Soo Hyuk. 

Dalam foto itu juga, mereka turut mengenakan topi dan baju hoodie, seolah-olah seperti mereka adalah pasangan yang bercinta. 

Peminat yang berasa tidak keruan dengan hantaran foto itu, terus membongkar semula sebuah hantaran Hoshi kurang sebulan yang lalu apabila dia menghabiskan masa bersama dengan Lee Soo Hyuk sebelum Krismas. Mereka telah mengenakan baju panas yang sama. 

Menerusi kedua-dua hantaran ini, peminat akhirnya membuat spekulasi bahawa Hoshi seolah-olah mahu memaklumkan tentang hubungannya dengan Lee Soo Hyuk. – Getaran, 17 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 bulan yang lalu

Blackpink Sah Perbaharui Kontrak Bersama YG Entertainment

2

Semasa 11 bulan yang lalu

JAKIM Diarah Siasat Wanita Muat Naik Kandungan Lucah

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

'Saya Bersedia Terima Kecaman Dan Teguran Netizen' – Aidit Noh Elak ‘Rapat’ Dengan Uqasha Senrose

4

Muzik 1 tahun yang lalu

YG Entertainment Nafi Blackpink Tinggalkan Syarikat

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 18 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 6 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN