web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Mawi Jawi', Program Berfaedah Untuk Generasi Akan Datang - Amar Bahrin, Amyra Rosli 

Program berkonsepkan game show terbitan MWE Sdn. Bhd. ini  menampilkan barisan selebriti, pempengaruh dan pendakwah selebriti menerusi pelbagai permainan menggunakan tulisan jawi sebagai medium perantara.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2023 4:00PM

'Mawi Jawi' dikendalikan dua penyampai radio Zayan, Anas Tahir dan Mawi. - Gambar Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam usaha memperjuangkan tulisan Jawi, Astro Oasis memperkenalkan program ‘Mawi Jawi’ yang mula bersiaran sejak 15 Disember lalu untuk menggalakkan penonton mendalami penulisan itu supaya tidak dilupakan.

Program berkonsepkan game show terbitan MWE Sdn. Bhd. ini  menampilkan barisan selebriti, pempengaruh dan pendakwah selebriti menerusi pelbagai permainan menggunakan tulisan jawi sebagai medium perantara.

Amyra Rosli dan suami, Amar Bahrin. - Gambar Instagram Amyra Rosli
Amyra Rosli dan suami, Amar Bahrin. - Gambar Instagram Amyra Rosli

Pasangan suami isteri, Amar Baharin dan Amyra Rosli berpendapat, 'Mawi Jawi' adalah sebuah program yang yang berfaedah kepada generasi akan datang.

“Kalau kita lihat secara keseluruhan, rancangan ‘Mawi Jawi’ ini akan menjadi satu pendekatan baru dalam menyampaikan tulisan Jawi dalam bentuk yang lebih menarik.

“Sebenarnya, bagi kami ada banyak perubahan serta banyak perkembangan dalam tulisan Jawi, ini. Walaupun buat masa ini, ia masih tak dilupakan. Cuma kebanyakan tidak praktikkan penggunaan Jawi dalam kehidupan seharian.

“Sejujurnya, kami rasa sangat bagus untuk berada dalam satu program seperti ini, ia banyak membantu kami kekal relevan dengan tulisan Jawi,” kata pasangan ini selaku antara peserta ketika sesi wawancara baru-baru ini. 

Menurut Mawi selaku penerbit, idea penerbitan program itu bermula daripada segmen 'Mawi Jawi' yang diperkenalkan radio Zayan.

Program ini adalah peluang untuk mengembalikan kesempurnaan penggunaan tulisan Jawi dalam aktiviti harian setiap umat Islam dengan cara yang lebih mudah dan menyeronokkan. - Gambar Astro
Program ini adalah peluang untuk mengembalikan kesempurnaan penggunaan tulisan Jawi dalam aktiviti harian setiap umat Islam dengan cara yang lebih mudah dan menyeronokkan. - Gambar Astro

“Tulisan jawi sebenarnya masih hidup, cuma kita bimbang ia dilupakan masyarakat. Program ini menguji tahap pengetahuan setiap peserta, pada masa sama memartabatkan tulisan jawi dengan menggalakkan penonton mendalaminya dengan cara lebih menyeronokkan,” katanya.

Jelas Mawi lagi, program ini adalah peluang untuk mengembalikan kesempurnaan penggunaan tulisan Jawi dalam aktiviti harian setiap umat Islam dengan cara yang lebih mudah dan menyeronokkan.

“Menerusi program ini, setiap peserta akan diuji ilmu pengetahuan tentang tulisan jawi menerusi teka silang kata serta cari perkataan tersembunyi.

“Setiap daripada mereka akan bermain dua pusingan permainan dalam jawi untuk meraih markah. Dalam pusingan pertama, para peserta akan mencari perkataan tersembunyi atau teka silang kata bergantung kepada episod,” ujarnya.

‘Mawi Jawi’ dihoskan sendiri Mawi bersama penyampai radio Zayan, Anas Tahir  selama lapan minggu, setiap Khamis, jam 7.30 malam. 

Pihak produksi turut mendapatkan kepakaran guru jawi, Kamal Abdul Rahman dari Sekolah Rendah Agama Taman Medan, Petaling Jaya sebagai penasihat. - Gambar Astro
Pihak produksi turut mendapatkan kepakaran guru jawi, Kamal Abdul Rahman dari Sekolah Rendah Agama Taman Medan, Petaling Jaya sebagai penasihat. - Gambar Astro

Program ini  ini turut menampilkan tiga tetamu jemputan setiap minggu yang diwakili oleh selebriti dan personaliti terkenal mengikut persamaan karier masing-masing sebagai peserta. 

Antara selebriti yang ditampilkan dalam ‘Mawi Jawi’ adalah  Fara Fauzana, Yatt Hamzah, Anita Baharom, pendakwah selebriti, PU Amin serta Amar Baharin dan Amyra Rosli sendiri. 

Lebih menarik, program ini menampilkan episod khas Geng Romantis bersama Mawi yang ditemani isterinya, Ekin sebagai pengacara dan pasangan peserta suami isteri lain.

Peserta yang mendapat markah tertinggi pada akhir program akan memenangi pakej menunaikan umrah.

Program untuk diwujudkan sebagai suatu usaha untuk memartabatkan tulisan jawi bersama-sama selebriti dan personaliti terkenal ini merupakan sebuah konsep baharu yang dapat menggalakkan lebih ramai penonton untuk mendalami jawi dengan cara yang lebih menyeronokkan.

Bagi memastikan tulisan jawi yang digunakan adalah tepat sepanjang bersiaran, pihak produksi turut mendapatkan kepakaran guru jawi, Kamal Abdul Rahman dari Sekolah Rendah Agama Taman Medan, Petaling Jaya sebagai penasihat – Getaran, 3 Januari  2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

3

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pemilik Kedai Makan Tampil Jelaskan Bil Makan Ekin, Mawi

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN