web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Mudah Ganti Nabila Huda, Ahirine Ahirudin Masuk Kelas Lakonan

Melihat kepada filem lakonannya sebelum ini yang turut mendapat kritikan hebat di laman sosial, Ahirine enggan mengalah.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2022 8:09PM

Ahirine Ahirudin - Gambar Instagram Ahirine

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rezeki tidak pernah salah alamat. Kemunculan pelakon baru Ahirine Ahirudin menyandang  watak utama menerusi filem Remp-It 2 bukanlah perkara yang dirancang. 

Bercerita lanjut mengenai itu, Ahirine yang memang sinonim dengan sukan lasak pada asalnya ditugaskan menjadi pelakon lagak ngeri dalam filem itu. Namun, melihat kepada beberapa kekangan seperti faktor masa dan keselamatan, pengarahnya, Farid Kamil akhirnya melamar Ahirine menggantikan watak Roy yang sepatutnya dibawakan oleh Nabila Huda.

“Memang sedikit tertekan menggantikan Nabila Huda. Namun begitu saya  berterima kasih kepada Farid kerana setuju untuk mengambil saya berlakon dalam filem ini.

“Asalnya, saya hanyalah pelakon lagak ngeri. Selepas melihat kepada beberapa faktor, akhirnya saya diminta menggantikan watak Roy,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media tayangan filem Remp-It 2 baru-baru ini. 

Melihat kepada filem lakonannya sebelum ini yang turut mendapat kritikan hebat di laman sosial, pemegang Ijazah Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini bagaimanapun menerima segala teguran itu dengan lapang dada.

“Sejujurnya lakonan adalah bidang yang baru untuk saya. Sudah tentu setiap komen yang diberikan oleh penonton akan saya ambil untuk memperbaiki mutu lakonan.

“Saya akan buktikan kepada semua memberikan lakonan dengan sehabis baik. Bulan ini saya akan memulakan kelas lakonan,” katanya yang sudah pun menerima tawaran berlakon sebuah filem aksi berbahasa Cina tahun hadapan.

Selepas terlibat dengan beberapa naskhah filem, Ahirine bagaimanapun menyimpan harapan yang sangat besar untuk beralih angin mencuba drama rantaian pula.

Farid Kamil dan Ahirine - Gambar Instagram Ahirine Ahirudin
Farid Kamil dan Ahirine - Gambar Instagram Ahirine Ahirudin

“Terlibat dalam dunia perfileman itu sebenarnya satu rezeki. Namun saya masih menyimpan impian untuk berlakon dalam drama rantaian atau supertele. Ada cakap-cakap yang mengatakan saya dapat tawaran berlakon hanya sebab cantik, saya rasa ia tidak benar. Saya rasa saya terlalu maskulin untuk dipuji cantik. Apapun, terima kasih kepada sesiapa yang memberikan pujian itu,” tambahnya.

Filem Remp-It 2 merupakan kesinambungan cerita Remp-It yang telah ditayangkan pada tahun 2006. Menerusi Remp-It 2, ia menceritakan semula apa yang terjadi kepada Madi lakonan Farid Kamil selepas beberapa tahun menghilang. Namun begitu, dendam antara Spark lakonan Niezam Zaidi terhadap Madi masih berlanjutan.

Turut sama-sama menjayakan file mini ialah Izzue Islam, Shiha Zikir, Cat Farish dan Faizal Hussein. - Getaran, 8 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN