Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Waktu Negara Dilanda Pandemik COVID-19, Izzue Islam 'Survived' Kerana Dunia Pengacaraan 

Izzue juga mengakui walaupun fokusnya kini lebih terarah kepada dunia pengacaraan, namun dia tidak pernah meninggalkan dunia lakonan. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2022 7:02PM

Pelakon dan penyanyi Izzue Islam nafi ‘hilang’ daripada karier lakonannya. - Gambar Instagram Izzue Islam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon dan penyanyi Izzue Islam menafikan dirinya ‘hilang’ daripada dunia lakonan apabila dikatakan kurang muncul dalam penerbitan drama mahupun filem.

“Saya sebenarnya tidak hilang, tapi sibuk dengan kerjaya dalam dunia pengacaraan. Disebabkan itu, saya sudah jarang berlakon,” katanya. 

Bagaimanapun, Izzue mengakui, dia sebenarnya masih mendapat tawaran membintangi watak utama namun disebabkan jadual pengacaraan yang padat, dia terpaksa menolak tawaran tersebut. 

Izzue Islam mengakui dia suka menjadi pengacara.
Izzue Islam mengakui dia suka menjadi pengacara.

“Kalau ada pun, saya akan ambil watak sebagai pembantu pelakon dan untuk watak utama saya akan pilih yang mana bersesuaian. 

“Buat masa ini jadual saya memang padat dengan tawaran pengacaraan dan kalau saya ingin ambil tarawan berlakon saya perlu susun jadual supaya tidak bercanggah. 

“Sebab itu, saya lebih suka terima watak sebagai pembantu sebab babaknya tak banyak dan untuk watak utama saya akan pilih yang mana bersesuaian. 

“Jadi bila semua orang tanya, ‘Kenapa dah tak jadi hero?, ‘Izzue sekarang dah tak terima tawaran watak-watak utama? Jawapan saya adalah, sekarang saya fokus kepada bidang pengacaraan,” katanya.

Izzue Islam mula berjinak-jinak dengan dunia pengacaraan sejak 2019.
Izzue Islam mula berjinak-jinak dengan dunia pengacaraan sejak 2019.

Izzue berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan filem pertama terbitannya, Remp-it 2 di Dadi Cinema, Pavilion, Isnin lalu. 

Pemilik nama sebenar Muhammad Izzul Islam Mazlan, 31, mengakui sudah mula berjinak-jinak dengan dunia pengacaraan sejak 2019. 

“Waktu itu saya sekadar ingin cuba. Tapi, tak sangka pula saya akan menyukainya dan sekarang ini pun saya masih belajar banyak perkara tentang dunia pengacaraan. 

“Saya mencuba haluan dalam dunia pengacaraan kerana tidak mahu terikat dengan lakonan sahaja,” katanya. 

Dia juga bersyukur kerana disebab bidang pengacaraan, dia melalui kehidupan yang perit watak negara dilanda pandemik COVID-19 pada 2020. 

Izzue Islam masih mendapat tawaran membintangi watak utama namun disebabkan jadual pengacaraan yang padat, dia terpaksa menolak tawaran tersebut.
Izzue Islam masih mendapat tawaran membintangi watak utama namun disebabkan jadual pengacaraan yang padat, dia terpaksa menolak tawaran tersebut.

“Waktu itu siapa yang berlakon langsung tidak dapat buat apa-apa. Susah bagi pelakon nak survived sebab mereka tiada job. Tapi, waktu itu pula, saya banyak tawaran bagi program pengacaraan secara digital.

“Saya melihat melihat dunia pengacaraan sebagai cabang seni lain yang ingin dikuasai dengan lebih serius, dan ia juga sebagai rezeki yang datang ketika satu dunia ini dilanda pandemik.

“Saya fikir mungkin ‘Allah’ memberi rezeki baharu kepada saya menerusi bidang pengacaraan dan saya sedar masih ada banyak perkara yang saya perlu belajar lagi.

“Sejujurnya dua tahun kebelakangan ini pengacaraan turut menjadi fokus baharu saya dan walaupun saya bermula menjadi pengacara ketika pandemik, kini minat saya lebih dalam bidang ini. Saya suka menjadi pengacara,” tambahnya. – Getaran, 25 November 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

'Kebangkitan' Farid Kamil

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Che Mad Mahu Ikut Jejak Langkah Farid Kamil, Minat Jadi Pelakon Dan Gemar Sukan Permotoran 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Tak Mudah Ganti Nabila Huda, Ahirine Ahirudin Masuk Kelas Lakonan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Remp-It 2’ Kutip Lebih RM1.5 Juta Selepas Seminggu, Farid Kamil Giat Jalani Promosi

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Muzik 9 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

The Cine Dance memilih lagu ciptaan dan dendangan kumpulan De Fam kerana ia menerangkan suasana ketika menyambut hari raya, selain 'trending' di media sosial

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor