Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Pelakon Abu Bakar Omar Meninggal Dunia Pada Usia 73 Tahun

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Apr 2021 12:13PM

Gambar: Laman Facebook FINAS

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dramatis popular di tahun 80-an dan 90-an, Abu Bakar Omar disahkan meninggal dunia pada jam 9.04 pagi tadi pada usia 73 tahun. Allahyarham dimasukkan ke Kedah Medical Centre pada Khamis malam selepas mengadu kepenatan sejak beberapa hari lalu.

Menurut laporan Mstar, anak lelakinya memberitahu Allahyarham tidak mempunyai sebarang penyakit kronik, malah sempat bersembang ketika dalam perjalanan ke hospital. 

Jenazah akan dibawa pulang ke Kampong Bukit Nyamuk, Kuala Nerang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Akar Peluru selepas solat Asar petang ini.

Allahyarham dilahirkan pada 25 April 1948 di Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Sepanjang kerjayanya, Abu Bakar mendapat banyak pencalonan dan memenangi anugerah bersandarkan kehebatan lakonannya di skin TV mahupun layar perak. 

Antara anugerah yang pernah dimenanginya adalah Pelakon Lelaki Terbaik (Drama), Anugerah Sri Angkasa 1983 dan Pelakon Lelaki Terbaik (Drama Radio), Anugerah Sri Angkasa 1990. 

Takziah kami ucapkan kepada keluarga arwah. Semoga Allahyarham Abu Bakar Omar ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin. - Getaran, 16 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

3

Semasa 5 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

4

Sukan 6 hari yang lalu

Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

Selebriti 8 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar