Berita Terkini

20 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


“Apa Yang Nak Dibangga Sangat Ada 7 Boyfriends?” – Fauziah Ahmad Daud

Pelakon filem Ali Setan itu juga menganggap golongan yang menjadikan agama dan bangsa sebagai bahan lawak adalah individu yang tidak kreatif.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 8:00PM

Fauziah Ahmad Daud - Gambar Fail

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Primadona Filem Melayu, Fauziah Ahmad Daud atau selesa dipanggil Ogy mengecam tindakan individu yang menggunakan agama sebagai bahan jenaka sekali gus melabelkan mereka sebagai golongan tidak kreatif dan tidak berintelek. 

Ogy berkata demikian ketika memberi respons video tular Siti Amira Natasya Abdullah atau Amy yang menanggalkan pakaian serta membuat jenaka menyinggung agama Islam di sebuah kelab komedi, Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail baru-baru ini.

Gambar fail
Gambar fail

“Saya sangat marah. Saya artis dan pernah muda, tapi saya tak berani buat perkara sebegitu. Bila benda itu berlaku saya terfikir tentang nasib ibu bapanya. Kasihan. Kalau itu anak saya, saya tak bagi ikat jamin, masukkan sahaja di dalam penjara biar dia belajar sesuatu.

“Kemudian saya ada juga tonton video yang dia bangga ada tujuh kekasih. Apa yang nak dibangga sangat? Pelakon Angelina Jolie lagi ramai kekasih, tak bising pun. 

“Agama kita ini sudahlah orang luar anggap sebagai pengganas. Di dalam negara sendiri pula jadi begini, apa yang dia cuba katakan tentang Islam?” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media teater Dara dan Mak Cik Bawang di Dewan Bahasa dan Pustaka semalam.

Bukan itu sahaja, pelakon filem Ali Setan itu juga mengganggap golongan yang menjadikan isu sensitif iaitu agama dan bangsa sebagai bahan lawak adalah individu yang tidak kreatif.

“Kalau sampai guna agama sebagai bahan jenaka, maksudnya kamu tidak kreatif. Memang kreativiti tiada had tapi jika bersangkutan dengan isu sensitif kamu tidak boleh melampaui batas. Ada beza antara biadap dan jenaka. 

“Charlie Chaplin tidak perlu biadap dalam berjenaka. P Ramlee sindir golongan berada dalam Musang Berjanggut, tidak biadap pun tapi lawaknya sampai. Golongan berada yang tonton filem itu siap ketawa lagi tapi mesejnya setepek kena dekat muka mereka. Itu lawak berintelek. Itu yang kita mahu. Itu barulah ada kelas.”jelasnya. 

Melihat kepada kandungan lawak yang menghina agama, Ogy turut bertegas mengatakan persetujuan agar kelab komedi tersebut dihentikan operasi selamanya.

Fauziah Ahmad Daud - Gambar Fail
Fauziah Ahmad Daud - Gambar Fail

“Saya tak peduli artis lain yang ingin memihak kepada mereka (Crackhouse Comedy Club) namun ini pendapat saya sebagai artis, individu dan muslimah. Jika kamu sentuh mengenai agama saya, semestinya saya akan bersuara. 

“Saya bersetuju lebih dari seratus peratus untuk tutup sahajalah tempat itu. Saya sedih melihat ada juga bangsa kita di dalam itu yang ketawa terbahak-bahak. Tak faham di mana lawaknya,”tambah Ogy.

Terdahulu, Amy dan kekasihnya Alexander Navin Vijayachandran mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menghasut yang boleh mendorong ketidakharmonian agama semasa membuat persembahan di acara ‘mikrofon terbuka’ di Kelab Komedi Crackhouse.

Namun mahkamah membenarkan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Ogos ini untuk sebutan kes.

Pasangan itu kemudian membuat rayuan sumbangan daripada orang ramai bagi memperoleh wang jaminan RM20, 000 setiap seorang. - Getaran, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Selebriti 5 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

3

Selebriti 7 bulan yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

4

Filem & TV 9 bulan yang lalu

Pengarah Telefilem Kesal Masih Belum Terima Imbuhan Dana RM200,000 Dimenangi Di ASA2022

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 11 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Filem & TV 1 hari yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 19 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran