web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Saya Pernah Tak Ada Duit Langsung, Kerja Jual Biskut' - Sam Bunkface

Tidak mempunyai pendapatan stabil dan anaknya baru sahaja lahir, Sam menyifatkan fasa itu sebagai masa terendah dalam hidupnya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 8:01PM

Sam Bunkface bersama isteri dan anaknya. - Gambar dari Instagram sambunkface

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mengimbau kembali perjalanannya bergelar ahli muzik, vokalis Sam Bunkface mengakui pernah berada dalam keadaan serba mencabar semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 

Pemilik nama sebenar Shamsul Annuar Mohd. Baharom bahkan menyifatkan tempoh itu sebagai fasa terendah kehidupannya kerana tidak mempunyai sumber pendapatan yang kukuh apalagi tika itu anak keduanya baru sahaja dilahirkan.

“Itu fasa paling rendah dalam hidup saya. Bayangkan industri lumpuh waktu itu. Anak saya baru lahir dan isteri saya tengah mengandung. 

“Kawan-kawan datang dekat saya cakap saya ini gila ke? Macam mana saya nak bagi makan isteri dan anak? Tapi Alhamdulillah, selamat sahaja semuanya. Cukup sahaja semua. 

“Dalam tempoh itu saya buat macam-macam untuk bertahan. Saya jadi ejen jual biskut selama tiga bulan. Belajar berniaga, adakan mesyuarat. Cuma itulah, ia tak dipermudah. Pusing ke arah mana pun, akan kembali kepada muzik juga,” dedah Sam semasa ditemui Getaran.

Bukan itu sahaja, melihat keadaan Sam dan Bunkface ketika itu yang tidak mempunyai pendapatan stabil, terdapat juga suara-suara meminta agar mereka menutup sahaja studio dan berhenti bermain muzik walaupun itu satu-satunya minat mereka.

“Kawan-kawan saya ada yang cakap, sikit hari nanti bungkus juga studio kami ini. Tapi saya percaya, Tuhan tak akan biarkan kita terkontang-kanting. Muzik adalah  satu-satunya benda yang saya boleh buat. Dia bawa saya kembali kepada muzik. 

“Bukan itu sahaja, saya akui sebagai penulis, saya memang boleh menulis lirik lebih baik ketika dalam keadaan susah. Dulu saya pernah berada dalam fasa lebih kurang begini. Ketika itulah lahirnya lagu Situasi.

“Saya katakan kepada Bunkface yang kita kena jadi macam muda dulu.  Waktu kita muda, kita bodoh, tapi kita jalan saja. Sekarang kita dah tua, kononnya kita pandai semua benda. Tapi entah kenapa semuanya menjadi halangan. Lebih baik kita jalan sahaja kerana Allah akan bagi rezeki,” tambahnya.

Terkini, Bunkface bakal tampil dengan konsert meraikan 15 tahun mereka bergelar anak seni dalam Konsert Bunkface! 15 Years Of Korang pada 30 dan 31 Julai di Zepp KL. 

Tiket hari pertama konsert tersebut sudahpun laris dalam tempoh 11 jam sahaja selepas ia diuar-uarkan. Tiket berharga RM100 dan RM150 untuk hari kedua boleh dibeli menerusi laman web www.hitmanlive.com. - Getaran, 12 Julai 2022







 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN