Berita Terkini

14 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


'Saya Ada 5 Karakter Lain Dalam Diri' - Iqram Dinzly Pernah Jumpa Pakar

Iqram Dinzly menjawab tuduhan segelintir pihak yang mengatakannya gila serta mengakui individu dalam sesi ‘live’ bukan dirinya.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2022 8:21PM

Iqram Dinzly - Gambar ihsan Astro

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Itu Prince Chiki Dinzly, bukan saya,'

Demikian respon yang diberikan pelakon Iqram Dinzly kepada segelintir pihak yang menuduhnya gila kerana berkelakuan aneh semasa mengendalikan sesi siaran langsung di platform media sosial.

Menurut Iqram lagi, sesi siaran langsung di platform media sosial peribadinya itu dikendalikan oleh Prince Chiki Dinzly iaitu sebuah karakter lain yang diwujudkan bagi menggantikan dirinya.

“Itu adalah antara karakter yang saya tampilkan. Saya ada lima lagi karakter lain yang belum saya tunjukkan. Prince Chiki Dinzly saya wujudkan sebagai watak netizen yang selalu merasa berkuasa di media sosial.

“Melalui karakter yang saya tampilkan tak kisahlah Iqram Dinzly, Prince Chiki Dinzly atau Iqram Dizlycious masing-masing membuatkan saya semakin mengenal diri,” katanya ketika ditemui Getaran pada sidang media drama 'Cinta Hilang Kata'.

Kerana kelakuan aneh yang dilakukan Prince Chiki Dinzly di laman sosial seperti memakai pakaian tidur wanita dan menari ghairah, pelakon itu beberapa kali berdepan dengan kecaman serta dikatakan hilang kewarasan.

“Saya marah bila orang kata Iqram Dinzly gila sedangkan banyak kali Prince Chiki Dinzly katakan bahawa Iqram Dinzly sudah mati.

“Jadi bila ada netizen, tabloid, atau berita yang cakap di dalam live itu Iqram Dinzly, saya jadi marah. Sebab Iqram Dinzly dan Prince Chiki Dinzly berbeza dan apa yang dilakukan Prince Chiki Dinzly tiada kena mengena dengan hidup saya,” tambahnya lagi.

Bagi membuktikan dirinya masih waras, Iqram mengakui pernah bertemu dengan beberapa pakar kesihatan mental.

“Saya pernah berjumpa dengan tiga profesor. Tapi mereka yang mental sebenarnya. Profesor itu ada masalah dan mengaku ada keresahan. Saya tak didiagnos memiliki apa-apa penyakit” katanya. 

Iqram Dinzly - Gambar ihsan Astro
Iqram Dinzly - Gambar ihsan Astro

Ditanya mengapa Iqram mewujudkan banyak watak di dalam hidupnya, pelakon itu mengakui ia sebuah eksperimentasi mental di samping mengakui berasa sengsara menjadi seorang Iqram Dinzly.

“Saya bukan tak bahagia menjadi Iqram Dinzly. Saya cuma sengsara kerana Iqram Dinzly hilang jati diri dalam hidupnya. Kalau nak cakap lebih-lebih, nanti orang ingat saya gila sedangkan ia adalah transformasi IQ. 

“Sebelum ini saya banyak berpisah dengan mama dan papa membuatkan saya rasa seperti anak derhaka. Bila di Kuala Lumpur saya sibuk dan tak dapat nak luangkan masa dengan mereka. Kalau bekerja saya memang fokus dan tidak mahu ada sesiapa kacau.

“Prince Chiki Dinzly di dalam gua (rumah) dan saya tak bawanya keluar. Di kawasan rumah saya ada pokok-pokok, bila sampai sahaja di situ saya terus buang karakter Iqram Dinzly. Di dalam rumah pula ikutlah, kalau Allah kata buka live, saya terus buka. Saya tak pernah rancang apa-apa,” katanya lagi.

@getaranmy

Pelakon Iqram Dinzly tidak mahu dianggap gila dan mengakui individu yang mengendalikan sesi live di media sosialnya selama ini ialah Prince Chiki Dinzly iaitu karakter yang diwujudkannya. #GetaranMY #Selebriti @dinzlycioustudio

♬ original sound - getaranmy - getaranmy

Terbaharu, Iqram mengubat kerinduan peminat dengan tampil di dalam sebuah drama terkini Astro Prima bertajuk 'Cinta Hilang Kata'. Memegang watak sebagai Amirul, Iqram bakal bergandingan dengan pelakon lain seperti Shahz Jaszle, Sophia AlBarakbah dan Nelissa Nizam.

Drama adaptasi novel Cinta Hilang Kata ini mengisahkan tentang perkahwinan paksa antara Nurul dan Amirul. Amirul menggunakan wang Nurul untuk hidup mewah. Bukan itu sahaja, terdapat unsur sihir dalam cerita ini untuk membuatkan kehidupan Nurul lebih tersiksa.

'Cinta Hilang Kata' bakal ditayangkan bermula 18 Julai setiap Isnin hingga Jumaat jam 6.00 oetang di saluran Astro Prima 105. - Getaran, 6 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Sophia AlBarakbah Akui Rapat Dengan Shah Jaszle, Selalu Keluar Bersama Isteri Dan Anak

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Kenapa Mesti Ada Babak Sihir Dalam Drama Melayu?

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 12 jam yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 4 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 16 jam yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah