Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Dulu ‘Oppa’ Sekarang 'Abang Lori'

Sudah berkecimpung dalam arena seni lakon tanah air sejak 15 tahun yang lalu, Nazim berpendapat sudah tiba masa untuk dirinya keluar dari zon selesa dan membawakan watak yang berbeza.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 8:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selalu dilihat berpenampilan ala-ala jejaka Korea yang melakonkan watak hero atau ketua pegawai eksekutif syarikat, nampaknya pelakon Nazim Othman lari dari kebiasaan dengan membawakan watak sebagai pemandu lori menerusi naskhah terbaharunya.

Pemilik nama sebenar Nushrul Alif Othman ini tidak menafikan memang ramai peminat yang menggelarnya ‘Oppa’ yang bermaksud abang dalam bahasa Korea. Mungkin kerana gaya atau watak lakonannya selama ini. 

“Gelaran itu memang datang daripada peminat. Saya tak kisah kerana mereka panggil sekadar suka-suka. Cuma sekarang gelaran itu dah semakin kurang sejak usia semakin lanjut,” katanya kepada Getaran. 

Sudah berkecimpung dalam arena seni lakon tanah air sejak 15 tahun yang lalu, Nazim berpendapat sudah masa untuk dirinya keluar dari zon selesa dengan membawakan watak yang berbeza. 

“Sejujurnya, saya seronok keluar daripada kebiasaan. Asyik-asyik berlakon sebagai watak CEO. Bila sudah di tahap ini, saya tidak boleh statik. Saya kena juga berkembang. Harapan saya juga semoga para penonton akan dapat melihat saya sebagai seorang pelakon yang versatile,” tambahnya.

Nazim bakal tampil sebagai pemandu lori bernama Khairul menerusi siri original pertama platform OTT, iQIYI Malaysia bertajuk Sorry Naik Lori. Bukan itu sahaja, dia juga sangat teruja kerana pertama kali membawakan drama bergenre komedi.

“Mujurlah untuk watak pemandu lori ini saya bekerjasama dengan pengarah yang pandai ambil sudut yang menampakkan saya pandai membawa lori treler.

“Gementar juga sebab ini pertama kali saya memandu lori treler. Minggu pertama memang saya sedikit ambil masa untuk keluar dan menjadi seorang Khairul. Namun dengan bantuan pelakon yang berkongsi tenaga yang sama, saya jadi sangat bersyukur kerana semuanya dipermudahkan.

“Bukan itu sahaja, selepas membawakan watak Khairul, rupanya barulah saya tahu yang ada juga sisi komedi dalam diri saya,” katanya lagi.

Turut sama menjayakan drama itu nanti ialah pelakon Ruhainies dan Nafiz Muaz. Sorry Naik Lori menceritakan tentang pasangan suami isteri yang melalui pelbagai dugaan kehidupan. Bukan itu sahaja, drama ini juga merupakan usahasama antara iQIYI, platform penghantaran makanan atas talian, Foodpanda dengan mengenengahkan watak penghantar makanan. - Getaran, 29 Jun 2022

Sumber foto: Instagram Nazim Othman

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 bulan yang lalu

 Filem 'Oppa' Bantu PDRM Banteras Jenayah Scam

2

TARA 4 bulan yang lalu

Oppa K-DRAMA Yang Boleh Didampingi Ketika Cuti Krismas Ini!

3

Selebriti 5 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

4

Selebriti 7 bulan yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Muzik 18 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Filem & TV 14 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21