Berita Terkini

13 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 5 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Lufya Berdepan Detik Cemas Dipukul Lelaki Yang Cuba Menculik Anaknya

Dalam kejadian yang berlaku di Kota Damansara itu, Lufya telah dipukul di kepala dengan kayu serta cedera di bahagian muka.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jun 2022 2:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selebriti popular, Lufya berdepan detik cemas apabila dia telah dipukul oleh lelaki yang cuba untuk menculik anak perempuannya, Laana Haura, 5, sewaktu bermain di taman permainan. 

Lufya telah berkongsi beberapa foto wajahnya yang cedera serta pengalaman hitamnya itu di akaun Instagram supaya dapat dijadikan pengajaran. 

“Dua hari lepas saya diserang oleh seorang lelaki yang cuba menculik anak perempuan saya.  Kami berada di taman permainan Kota Damansara pada lebih kurang jam 4 hingga 5 petang. 

Seorang lelaki Melayu yang bersifat dayus telah memukul saya menggunakan batang kayu ke kepala, badan serta menyebabkan kecederaan pada wajah dan badan saya. Alhamdulillah anak selamat dan saya pun selamat. I’m a fighter!,” tulisnya di bahagian kapsyen

Tulis bekas peserta Akademi Fantasia 6 ini lagi, dia terpanggil untuk berkongsi sesuatu yang sangat penting untuk semua terutamanya buat kaum wanita yang bergelar ibu.

“Apa yang saya nak sampaikan di sini, demi keselamatan anak serta diri kita sendiri walaupun kita adalah wanita yang lemah, kita perlu ada ilmu mempertahankan diri.

Ikutkan orang yang menyerang itu lelaki yang agak besar dan kuat. Dengan izin Allah juga saya dapat melawan dan menyelamatkan anak saya. Syukur Alhamdulillah.

Pengajarannya di sini, kita kena sentiasa berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling. Kita tak tahu orang zaman sekarang ini sanggup buat perkara-perkara yang keji. Manusia makin tiada kemanusiaan,” tulisnya. 

Sementara itu di bahagian komen kelihatan ramai rakan-rakan selebriti yang terkejut dengan kejadian yang menimpa dirinya serta mendoakan keselamatan dua beranak itu. 

Semoga Lufya segera sembuh dan terus kuat demi mempertahankan diri dan anak tersayang. - Getaran, 29 Jun 2022

Gambar: Instagram 

Berita Berkaitan

1

Seni & Hiburan 20 jam yang lalu

"Saya Dah Jumpa Pilihan Yang Paling Tepat, Ibu Saya Sayang Dan Anggap Dia Seperti Anak" - Zul Ariffin

2

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

3

Semasa 1 hari yang lalu

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemui Maut, Berlumuran Darah Dalam Bilik

4

Selebriti 1 hari yang lalu

Datuk Red Sedang Usaha Untuk Langsaikan Hutang Sebanyak RM7 Juta, Akui Pernah Jadi ‘Scammer’

Sorotan

1

Piala Asia B-23: Kesilapan Hukum Harimau Muda Berdepan Uzbekistan

2

Akta Kerja 1955 Benarkan Pekerja Mohon Aturan Kerja Anjal - Menteri

3

Tiada Keperluan Pemindahan Pulang Rakyat Malaysia, Keadaan Stabil Di Timur Tengah

4

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA

5

Aktiviti Gunung Berapi Cetus Pemindahan Ratusan Orang Di Sulawesi Utara Indonesia

6

Pinjaman RM1.8 Bilion Dipindahkan Ke Luar Negara Tanpa Usaha Wajar – Saksi

7

Kerajaan Tetap Kurangkan Subsidi Minyak Tahun Ini – Rafizi

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN

Selebriti 13 jam yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki

Selebriti 1 hari yang lalu

Datuk Red Sedang Usaha Untuk Langsaikan Hutang Sebanyak RM7 Juta, Akui Pernah Jadi ‘Scammer’

Menerusi temubual bersama radio Suria FM, Datuk Red tidak malu untuk akui bahawa dia pernah menjadi 'scammer' satu masa dahulu

oleh Wartawan Hiburan Getaran