Berita Terkini

11 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Digelar ‘Hawkeye Malaysia’, Lakonan Fattah Amin Sebagai Awang Dipuji Netizen

Kehebatan persembahan Fattah Amin yang membawakan watak Awang dalam filem ‘Mat Kilau’ membuka mata ramai pihak tentang kemampuannya sebagai pelakon.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 2:01PM

Gambar Instagram @fattahaminz dan @filem_matkilau

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem epik Mat Kilau berjaya membuka mata orang ramai tentang bakat lakonan yang dimiliki oleh pelakon popular, Fattah Amin.

Watak Awang telah menyerlahkan kemampuan penyandang gelaran Hero Remaja 2011/2012 ini di arena lakonan. 

Jika dulu dia sering dilabel sebagai kayu, kini pujian melambung yang diberikan kepada suami Nur Fazura ini di atas keberkesannya membawakan watak Awang yang penuh hasad dengki dengan kehebatan Mat Kilau. 

Ramai juga yang mempersoalkan pemilihan Fattah sebagai salah seorang tunjang utama dalam filem epik pahlawan Melayu ini. 

Kata mereka, tahap lakonan Fattah belum layak untuk diletakkan sebaris dengan pelakon-pelakon yang lain seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy dan Johan Asaari. 

Tetapi benar bak pepatah Inggeris, jangan menilai sesebuah buku dari kulitnya. Buktinya, nama Fattah sohor kini di media sosial dengan puji-pujian terhadap lakonannya.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Fattah mempunyai asas dalam ilmu persilatan malah pernah memasuki pertandingan silat mewakili Kuala Lumpur sewaktu zaman remajanya.

Jadi tidak hairanlah kenapa dia mampu beraksi hebat dalam babak-babak pertarungan di dalam filem Mat Kilau

Sewaktu tayangan perdana filem Mat Kilau, Fattah mengakui bahawa watak Awang adalah watak terbaik yang pernah dibawanya.

“Saya harap siapa yang belum tonton filem ini akan nampak watak Awang sebagai salah satu elemen kejutan dalam filem ini,” katanya.

Ditanya tentang pengalaman yang tidak dapat dilupakan sewaktu penggambaran, kata Fattah antara babak paling mencabar adalah apabila dia perlu menyelam di dalam sungai pada jam empat pagi.

“Saya menyelam seorang diri di dalam Sungai Perak. Jurugambar semua di atas darat. Air sungai keruh. Bila saya masuk dalam tu, saya tawakal saja ada apa dalam sungai tu. Pengarah cakap ‘action’ pun saya dengar tak dengar.  

“Bila dah selesai penggambaran baru mereka beritahu saya bahawa sungai tu ada banyak sejarah. Ada orang pernah mati dan ada buaya di situ. Alhamdullilah tiada apa-apa yang tidak dingini berlaku. Dan hasilnya memang cantik,” kongsinya.

Sementara itu, pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof mempunyai alasan tersendiri kenapa dia memilih Fattah Amin untuk membawakan watak Awang. 

“Saya melihat Fattah sebagai seorang pelakon yang suka menimba ilmu. Saya pula pengarah yang sukakan pelakon macam tu, yang mahu belajar dan sanggup memberikan 110 peratus untuk wataknya. 

“Walaupun ada kekurangan tetapi masih mahu belajar. Saya suka dengan kesungguhan Fattah dan yakin dia boleh bawa watak Awang. 

“Walaupun ada segelintir netizen yang memberikan respons negatif, tetapi itulah tanggungjawab saya sebagai pengarah, untuk memberi dorongan dan tunjuk ajar kepada Fattah di set penggambaran.

“Fattah sendiri sanggup masuk kelas silat dan memanah untuk menjayakan watak ini. Syukur alhamdulillah, kini sudah terbukti lakonan Fattah berjaya membuka mata dan membidas kata-kata mereka yang beranggapan Fattah tidak sesuai untuk berlakon dalam filem Mat Kilau ini,” katanya kepada Getaran. 

Tahniah diucapkan kepada Fattah Amin kerana berjaya menggalas tanggungjawab dengan baik.

Tahniah juga buat seluruh produksi filem Mat Kilau kerana telah mencetuskan fenomena luar biasa apabila berjaya mengutip jumlah kutipan tiket sebanyak RM12.2 juta dalam masa empat hari tayangan. - Getaran, 28 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Atlet Silat SUKMA Terengganu Maut Terkena Sepakan Lawan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertunjukan Silat Wajar Dapat Kebenaran Kerajaan Arab Saudi - Mufti

3

Budaya 4 bulan yang lalu

Silat Diiktiraf UNESCO Seni Pertahanan Diri Warisan Budaya Melayu

4

Sukan 6 bulan yang lalu

Khairul Anuar Tekad Bangkit Semula Di Hangzhou

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 9 jam yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

Sejak kes kecurangan anak lelakinya terbongkar, ibu kepada Aliff Aziz ini lantang mempertahankan anaknya, termasuk di media sosial

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 14 jam yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Selebriti 2 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran