Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


“Saya Tak Pernah Rasa Paling Popular Dalam K-Clique, Tapi...” MK

Tak kiralah terbang atau berlari sekalipun, MK berjanji akan tetap membawa nama K-Clique.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 7:57PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun menjadi ahli yang paling popular dalam kumpulan hip hop K-Clique, MK tidak pernah berniat untuk mengenepikan kumpulan yang sudah ditubuhkan bersama-sama sejak masih di bangku sekolah menengah lagi. 

Dalam satu temu bual eksklusif bersama Getaran, pemilik nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan itu juga sempat mengimbau bagaimana mereka semua saling berlawan lirik dan menghafal lagu rap sesama ahli kumpulan yang dianggotai Noki, Tuju, SoMean, KDeaf, FareedPF, Gnello dan NastyNad itu.

“Saya tidak pernah merasakan bahawa saya adalah tunjang utama atau yang paling menonjol dalam kumpulan K-Clique. Ia cuma pandangan orang ramai. 

“Secara peribadi, saya akan lakukan apa sahaja perkara yang boleh membuatkan orang mengingati K-Clique. Sebab itu nama saya tidak pernah berubah iaitu MK K-Clique. Tak kiralah saya terbang atau berlari sekalipun, saya tetap akan membawa nama K-Clique,” katanya yang juga mempunyai pengikut lebih daripada 1 juta di Instagram.

Sebelum ini K-Clique bergerak di lapangan muzik bawah tanah, namun kejayaan lagu Mimpi pada tahun 2019 membawa kumpulan itu ke arus perdana dan digilai lebih ramai peminat semenjak itu. Bahkan K-Clique dinobatkan sebagai artis tempatan dengan jumlah penstriman tertinggi platform Spotify pada tahun itu.

“Kalau underground dulu, mungkin kurang pendedahan dan orang mungkin tidaklah mengenali kita. Kita juga lebih bebas untuk lakukan apa sahaja tanpa limitasi atau halangan tertentu. 

“Tapi bila sudah masuk ke arus perdana, kita lebih dikenali dan bekerja dengan lebih banyak pihak seperti radio, syarikat pengurusan dan mana-mana syarikat yang melantik saya sebagai duta. Ia sudah tentunya berbeza. Kita lebih berhati-hati dalam setiap karya yang dihasilkan,” kata pemuda asal Sabah ini.

Kejayaan K-Clique dan ahlinya tidak pernah bermula semalaman. Meskipun tidak pernah mendapatkan mana-mana pendidikan atau kelas formal menghasilkan lirik dan lagu. Kemahiran itu terhasil dari jalan pengalaman dan minat yang mendalam antara ahli K-Clique sejak sekolah menengah lagi.

“Waktu di sekolah menengah saya tak diajar cara atau teknik membuat sesuatu lirik. Tapi ketika itu, saya memang rajin mendengar lagu, menghafal dan menyanyikannya semula. Kadangkala, kami sesama ahli kumpulan K-Clique akan saling berlawan siapa yang paling cepat menghafal dan berjaya menyanyikan semula lagu-lagu yang kami dengar,” katanya bernostalgia. 

Ditanya bagaimana MK mendapatkan ilham dalam menghasilkan sesuatu karya, jejaka tinggi lampai itu banyak mencerap peristiwa daripada pengalaman hidupnya.

“Membaca penting untuk menambah kosa kata dan bahasa yang digunakan. Namun apa yang lebih penting untuk menghasilkan lirik ialah pengalaman, tak kiralah daripada saya atau kawan-kawan. Ia sebuah ekspresi daripada tiga perkara iaitu sebelum (pengalaman lalu), sekarang (apa yang kita lalui) dan masa depan iaitu perkara yang mungkin kita harapkan terjadi nanti,” katanya.

Untuk rekod, MK pernah menghasilkan lirik bersama beberapa komposer ternama tanah air dan antarabangsa seperti Joe Flizzow, Jay Park, Wolfy, Kidd Santhe dan Tuju. Antara lagu tulisannya yang mendapat perhatian sehingga mencecah jutaan tontonan ialah 'Pulang', 'Haa Tepok', 'CIAO', 'IMSO', 'VETO' dan 'Mimpi' dan lain-lain. - Getaran, 27 Jun 2022

Gambar: MK K-Clique

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 bulan yang lalu

Hip Hop Jadi Pilihan Ketua Pemuda Umno Untuk Dekati Anak Muda

2

Selebriti 5 bulan yang lalu

Badrul Muhayat Sering Bercakap Soal Kematian - Sahabat

3

Luar Negara 6 bulan yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

4

Selebriti 7 bulan yang lalu

Instagram Nad Zainal Di Mod Privasi, Kini Keluarga Jadi Keutamaan

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Muzik 19 jam yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki

Selebriti 12 jam yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 16 jam yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis