Berita Terkini

4 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Skrip Drama Bertentangan Prinsip Punca Amelia Henderson Tarik Diri

Selain daripada tarikh penggambaran yang diubah, Amelia enggan melakonkan watak yang penuh dengan keganasan domestik dan isu misoginis yang boleh menjejaskan penonton yang menonton.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 4:06PM

Amelia Henderson - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Minggu lalu kecoh apabila penerbit drama, Datuk A. Aida mahu menyaman dua pelakon terkenal iaitu Amelia Henderson dan Idris Khan kerana dikatakan telah melanggar kontrak apabila menarik diri dari membintangi drama terbitan syarikat produksinya yang berjudul ‘Sekali Lagi Cinta’.

Menurut A. Aida, kedua-dua pelakon itu menarik diri di saat akhir iaitu sehari sebelum penggambaran bermula. 

Namun dia tersentak apabila Idris menarik diri dari membintangi drama itu dengan alasan Amelia menarik diri kerana dia menerima tawaran ini kerana Amelia.

Amelia yang terkejut dengan sidang media itu, tampil membuat kenyataan dalam sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya.

Kata Amelia dalam video itu, segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah tidak berasas dan tidak benar sama sekali.

“Saya sangat terkejut, kerana saya percaya perkara ini boleh diselesaikan dengan cara tertutup tanpa melibatkan pihak media,” katanya.

Tambahnya lagi, dia telah menandatangani kontrak untuk membintangi drama berkenaan pada bulan Februari dan sepatutnya menjalani penggambaran pada bulan Mei lalu sehingga Ogos.

“Ketika saya tanda tangan kontrak itu, saya belum menerima skrip penuh ataupun tarikh yang tetap.

“Saya dapat sinopsis tentang karakter saya dalam drama itu dan saya sangat-sangat teruja untuk terlibat dengan projek ini kerana saya sudah mempunyai pengalaman bekerja dengan mereka sebelum ini. 

“Pada bulan Mei lalu, penggambaran belum bermula, skrip pun belum dapat lagi dan kami tertunggu-tunggu bila kami boleh mulakan penggambaran ini kerana terdapat kelewatan pada skrip. 

“Walaupun begitu, disebabkan saya sudah tanda tangan kontrak, saya bersedia untuk memberi kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada pihak produksi,” katanya.

Kata Amelia lagi, dia sempat pergi ke sesi bacaan skrip pada 12 Jun yang lalu, namun ketika itu dia belum tahu bila penggambaran drama ini akan bermula biarpun sudah sebulan lewat dari jadual asal. 

“Sesi bacaan skrip berlangsung pada 12 Jun, tetapi saya hanya dapat skrip penuh itu pada 9 Jun iaitu tiga hari sebelum sesi bacaan skrip bersama pelakon lain. Dan saya percaya tiga hari tidak cukup untuk saya baca semua skrip itu,” katanya sambil menunjukkan skrip yang diterima.

Ujarnya lagi, ramai yang beranggapan sesi bacaan skrip adalah membaca skrip bersama-sama pelakon lain, tetapi itu sebenarnya tidak terjadi.

“Sebenarnya kami tak baca pun skrip pada sesi itu. Sesi itu adalah sesi memperkenalkan diri kepada rakan-rakan pelakon lain yang belum pernah bekerja dengan kita dan penerangan tentang watak. 

“Ketika saya tanda tangan kontrak bulan Februari lalu, saya diberitahu tentang watak yang saya akan bawa dalam drama ini adalah tentang seorang wanita yang kuat.

“Watak ini akan memperkasakan wanita yang semestinya saya sangat sokong. Saya rasa watak ini sangat hebat dan saya sangat teruja. 

“Tapi apabila saya sempat membaca skrip penuh, saya dapati watak itu berlainan.

“Malah dalam skrip ini, jalan cerita dan dialognya mempunyai banyak point mengenai keganasan domestik dan isu misoginis (prejudis terhadap wanita) yang membuatkan saya rasa sangat stres dan risau,” kongsinya.

Katanya lagi dia memahami tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon adalah untuk menjiwai watak yang diberikan. Tetapi sebagai seorang figura yang dikenali ramai, dia juga mempunyai tanggungjawab untuk memberikan contoh yang baik dan positif kepada masyarakat.

“Bila saya baca skrip ini, ia bertentangan dengan prinsip serta kepercayaan saya. Dan saya tidak mampu menerimanya. Paling teruk, ia tidak sama seperti apa yang diterangkan kepada saya sewaktu saya terima projek ini. 

“Sebagai seorang wanita, saya tak boleh menjiwai watak ini. Dan ini bukan apa yang saya persetujui. Juga tarikh penggambaran yang sudah berubah. serta ada beberapa lagi isu yang saya tak boleh nak kongsikan di sini.

“Keutamaan saya adalah peminat dan penonton saya, kerana saya adalah seorang pelakon.

“Jadi apabila saya diletakkan dalam satu posisi yang saya kena melakonkan karakter yang saya rasa akan merosakkan penonton saya atau untuk mengajar wanita muda di luar sana sesuatu yang saya sendiri tak boleh nak sokong.

“Ini bukan sesuatu yang saya rasa saya boleh lakukan,” luahnya. 

Amelia turut berterima kasih kepada semua peminatnya yang sering memberi sokongan dan mesej positif kepadanya. - Getaran, 27 Jun 2022

Sorotan

1

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

2

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

3

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

4

Lebih 50,000 Kampit Beras Putih Tempatan Diagih Hingga 22 April - LPP

5

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

6

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

Disyorkan untuk anda

Selebriti 3 jam yang lalu

Adira Sah Bercerai

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 19 jam yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

Pelakon jelita berkenaan berkongsi kejayaannya itu di akaun media sosial miliknya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

Sejak kes kecurangan anak lelakinya terbongkar, ibu kepada Aliff Aziz ini lantang mempertahankan anaknya, termasuk di media sosial

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 1 hari yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

oleh Helmi Anuar