web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Demi SimplySiti, Siti Nurhaliza Bekerjasama Dengan Dr. Azizan

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bakal memperkukuh dan melebarkan sayap jenama kosmetik beliau, SimplySiti dengan menjadi rakan niaga strategik RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks).

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 2:06PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bakal memperkukuh dan melebarkan sayap jenama kosmetik beliau, SimplySiti dengan menjadi rakan niaga strategik RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks).

Kerjasama ini mensasarkan jualan sebanyak RM200 juta menjelang tahun 2024 antaranya dengan menembusi pasaran antarabangsa dan memperkasa pemasaran digital di bawah bimbingan mentor dan penasihat usahawan RichWorks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

“Bagi bidang hiburan, saya sudah biasa dan ia sudah jadi seperti makanan saya tetapi dalam dunia perniagaan, saya akui masih kurang ilmu dan perlukan bimbingan.

“Selama ini pun saya dibimbing oleh team profesional, tapi saya perlu tahu (belajar) untuk menjadi pemimpin yang bagus,” katanya pada sidang akhbar selepas memeterai persetujuan menjadi Titanium Premier - Partner (TPP) yang pertama di bawah RichWorks di Pulau Langkawi baru-baru ini.

Teruja melihat kejayaan demi kejayaan usahawan di bawah bimbingan RichWorks membuatkan Siti memilih menyertai TPP untuk mempertingkatkan ilmu dalam perniagaannya.

Selain itu, rangkaian usahawan dan rangka transformasi serta memperkembangkan SimplySiti sebagai perniagaan mapan hasil siri perbincangan SimplySiti Sdn Bhd dengan Richworks sebelum ini menambah lagi keyakinan beliau.

“Sebagai pengasas produk, sudah tentu saya nak menembusi pasaran antarabangsa. Salah satunya, kita sudah masuk pun Indonesia (tetapi) dalam sibuk melakukan promosi, tiba-tiba dunia diserang COVID-19.

“Alhamdulillah, sekarang sempadan sudah dibuka. Jadi kami sudah merancang untuk membawa kembali jenama produk saya di peringkat yang lebih jauh lagi,” jelas beliau lagi.

Sementara itu, Azizan berkata SimplySiti berpotensi besar untuk pergi lebih jauh lagi dengan bimbingan, mendigitalisasikan strategi pemasaran dan mengembangkan pasaran bukan sahaja di Malaysia malah Indonesia dan negara Timur Tengah.  

"RichWorks juga melihat sokongan tambahan sebagai rakan niaga strategik di bawah anak syarikat kami mampu membantu melonjakkan bisnes SimplySiti lebih jauh lagi dengan kepakaran kami dalam perundingan strategi pemasaran dan jenama.

“Sebagaimana kami membantu membina jenama seperti Sabella, Eskayvie, Noir dan banyak lagi, SimplySiti berpotensi lebih lagi kerana ia diasaskan oleh seseorang yang mempunyai kekuatan jenama besar seperti Tokti,” jelas Azizan.

Sehingga kini, pelbagai jenama di bawah bimbingan Richworks sudah melepasi jualan RM100 juta dan beberapa syarikat sedang bersedia untuk proses penyenaraian.

Dalam majlis sama, Datuk Aznil Nawawi atau mesra disapa sebagai Pak Nil turut menerima watikah perlantikan sebagai rakan latihan RichWorks.

Beliau akan menjalankan program khas pada Julai nanti dalam membimbing usahawan dari segi aspek komunikasi, kejelasan dan keyakinan yang diperlukan seseorang pemimpin sesebuah organisasi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Siti Nurhaliza Bagi Maklum Balas Terhadap Saranan Mufti Pulau Pinang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Promosi Produk Tempatan Di Pasaran Antarabangsa Secara Kolektif, Berstruktur

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN