web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Kelibat Syamsul Yusof Di Tayangan Perdana Filem Mat Kilau

Sebagai pengarah dan penulis filem epik Mat Kilau, ketiadaan Syamsul Yusof di majlis tayangan perdana filem berkenaan mencetuskan tanda tanya ramai pihak.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 9:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malam tadi telah berlangsung tayangan perdana filem yang dinanti-nantikan iaitu Mat Kilau arahan dan tulisan pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Namun apa yang janggal pada majlis yang dihadiri oleh ratusan tetamu dan media itu ialah tiada kelibat Syamsul kelihatan di situ.

Kesemua pelakon utama filem berkenaan iaitu Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairi, Johan Ashaari, termasuklah pelakon dari seberang iaitu Yayan Ruhian hadir pada malam itu.

Turut hadir ialah bapa kepada Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam yang meluahkan rasa bangga dengan hasil kerja anaknya. 

“Saya harap dia datang pada malam ini. Penerbit juga mesti harap dia datang. Ini filem dia. Sebagai ayah saya sentiasa doakan yang terbaik," kata Datuk Yusof ketika ditemubual pihak media. 

Namun kelibat Syamsul tetap tidak kelihatan sehingga tamat tayangan dan majlis sidang media diteruskan bersama penerbit dan para pelakon yang terlibat.

Difahamkan, ada yang memberitahu Syamsul tidak dapat hadir pada malam itu kerana kurang sihat. Semoga segera sembuh. - Getaran, 17Jun 2022

Gambar: Instagram 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN