web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pihak DBKL Enggan Komen Isu Pengguguran Azri Iskandar 

Menurut kakitangan DBKL itu, tiada apa yang hendak diulas dan menganggap isu pengguguran Azri daripada pementasan Teater Tan Sri Elyas Omar ini sudah pun selesai.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2022 7:45PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) enggan memberikan sebarang komen terhadap isu pengguguran aktor Azri Iskandar daripada pementasan Tan Sri Elyas Omar. 

Seorang kakitangan DBKL yang enggan namanya disiarkan memberitahu mereka sebenarnya tidak tahu-menahu dengan dakwaan yang dibuat Azri. 

“Kami hanya membaca dakwaan yang dibuat Azri itu menerusi laporan pihak media sahaja. Tetapi, selepas laporan itu dibuat, beliau meminta maaf. 

“Kami pun tidak faham dengan tindakannya itu,” katanya. 

Namun, apabila ditanya kesahihan mengenai pengguguran tersebut sepertimana yang didakwa Azri, kakitangan tersebut berkata, dia tidak dapat mengesahkan akan hal tersebut. 

Bahkan, dia meminta Getaran untuk berhubung dengan Jabatan Perancangan Korporat mereka.

“Tapi, bagi kami, tiada apa yang hendak diulas dan kami anggap isu ini sudah pun selesai,” katanya lagi. 

Terdahulu, Azri dalam sebuah laporan media mendakwa pendedahan yang dibuat oleh seorang wanita bernama F tentang hubungan cinta mereka pada saat dia mahu mengahwini kekasihnya, Azra Diera yang juga seorang penulis skrip telah memburukkan imejnya. 

Berikutan itu, Azri memberitahu, dia telah digugurkan daripada pementasan Tan Sri Elyas Omar oleh pihak DBKL yang bertindak sebagai penerbit teater tersebut. 

Azri turut memberitahu bahawa pengguguran itu dibuat atas alasan bahawa isu skandal yang melibatkan dirinya itu telah menjejaskan imej tokoh pemimpin yang berwibawa membangunkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan menaikkan nama sukan badminton negara. - Getaran, 16 Jun 2022


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

2

Sukan 1 tahun yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berniaga Tanpa Kebenaran, 9 Peniaga Warga Asing Dikenakan Tindakan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN