web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nama Iman Zulkarnain 5 Kali Ditolak Stesen TV

Biarpun sering mendapat kepercayaan produksi ternama untuk menjayakan watak utama, namun nama Iman Zulkarnain sudah lima kali ditolak oleh sebuah stesen televisyen ternama.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2022 7:59PM

Gambar Instagram Iman Zulqarnain

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon kacak yang semakin meningkat naik, Iman Zulkarnain, 31, mengakui ada menerima banyak tawaran sebagai watak utama, namun sudah lima kali namanya ditolak oleh sebuah stesen televisyen tempatan.

Dia yang mula dikenali menerusi drama popular ‘Nur’ berasa hairan kenapa namanya sering ditolak stesen televisyen berkenaan biarpun sering mendapat peluang untuk melakonkan watak utama daripada produksi ternama. 

“Syarikat produksi berkenaan telah cuba sedaya upaya untuk mencadangkan nama saya kepada stesen berkenaan, namun masih ditolak. 

“Saya juga tak pasti apa salah dan kekurangan saya. Mungkin bilangan pengikut di akaun media sosial saya tidak setinggi pelakon lain. Atau mungkin juga nama saya masih belum dikenali,” katanya kepada Getaran.

Namun kata pelakon yang berstatus duda ini, dia menyerahkan soal rezeki kepada Allah dan percaya pasti ada rezeki untuk dirinya diterima membawakan watak utama dalam drama di stesen itu satu hari nanti. 

Bapa kepada tiga orang anak ini juga bersyukur kerana drama lakonannya sebagai watak utama berjudul ‘Alamak Lagi Lagi Dia’, bergandingan bersama Wafariena bakal disiarkan tidak lama lagi di TV Okey. 

Sebelum ini, Iman telah menjayakan telemovie ‘Jeman’ yang disiarkan di TV Awesome sempena Aidilfitri lalu membawakan watak utama sebagai penghidap autism. Iman juga pernah terlibat dengan drama ‘Adellea Sofea’ dan ‘Cik Ayu Mee Sanggul’. - Getaran, 14 Jun 2022

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN