web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Justin Bieber Ada Peluang Sembuh

Perkembangan ini didedahkan sendiri oleh seorang pakar bedah yang juga pakar kelumpuhan wajah.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 5:19PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi pop asal Kanada, Justin Bieber mula menunjukkan tanda-tanda awal untuk pulih selepas disahkan menghidap sindrom Ramsay Hunt.

Perkembangan ini didedahkan sendiri oleh seorang pakar bedah yang juga pakar kelumpuhan wajah.

Terdahulu, menerusi perkongsian video yang disiarkan di Instagram, penyanyi yang popular dengan lagu 'Sorry' itu berkata, dia menghidap sindrom Ramsay Hunt yang menjejaskan saraf di bahagian telinga dan muka. Malah mata kanannya juga tidak mampu dikedip.

Menurut Pakar Bedah Rekonstruktif Plastik Britain yang juga pengasas bersama badan amal kesihatan Facial Palsy UK, Charles Nduka, kira-kira 75 peratus pesakit sindrom tersebut yang menerima rawatan awal, termasuk steroid dan antivirus, pulih sepenuhnya.

"Saya mendapati menerusi video yang dikongsi Bieber, kelihatan beberapa bukti pemulihan awal yang menggalakkan," kata Nduka kepada Reuters.

"Salah satu perkara yang paling ketara bagi mereka yang mengalami lumpuh separuh muka ialah pesakit tidak dapat menutup mata sepenuhnya untuk berkelip dan mereka tidak boleh senyum," tambah Nduka.

"Sebelum keupayaan untuk senyum kembali pulih, perkara pertama yang akan berkembang adalah kedudukan wajah pada keadaan rehat adalah lebih simetri. Jadi, pangkal hidung sering naik sedikit, dan mulut menjadi lebih sekata. Pada video yang dikongsikan, saya dapat melihat beberapa tanda terdapatnya pemulihan awal."

Nduka berkata dia bekerja dengan pesakit dalam kalangan industri hiburan dan penting bagi mereka untuk terlebih dahulu menangani sebarang isu yang melemahkan sistem imun sebelum kembali bekerja.

"Mereka (selebriti) akan berdepan tekanan kewangan selain pelbagai lagi halangan untuk kembali bekerja secepat mungkin, namun tindakan itu hanya akan membawa kepada masalah jangka panjang." - Reuters

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Justin Bieber dan Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Pertama 

2

Rencana 2 tahun yang lalu

Waspada Gayakan Aksesori, Si Bulus Pun Boleh Stres

3

Semasa 2 tahun yang lalu

2 PPS Ditutup, Banjir Di Johor Pulih Sepenuhnya

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN