web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Dulu Ada Banyak Benda Tak Sopan Saya Lakukan…” - Fouziah Gous

Usahawan dan pelakon Datin Fouziah Gous positif untuk berusaha menjadikan kehidupannya jauh lebih baik pada masa akan datang.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jun 2022 7:59PM

Gambar Instagram @fouziahgous

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mustahil untuk mengubah apa yang pernah terjadi di masa lalu, namun usahawan dan pelakon Datin Fouziah Gous positif untuk berusaha menjadikan kehidupannya jauh lebih baik pada masa akan datang. 

Mengimbau kenangan sewaktu aktif berlakon beberapa tahun lalu, Fouziah mengakui sukar untuk mendapat tawaran berlakon atau menjadi duta sekiranya seseorang mula berhijab.

Namun begitu, pemilik nama penuh Nor Fouziah Mohd. Gous ini mengakui lega melihat perubahan itu dalam industri seni hiburan tanah air pada hari ini.

“Saya suka tengok industri sekarang yang sudah meraikan orang yang berhijab. Jika dulu, kalau nak tandatangan buat ‘endorsement’ sekalipun, kita perlu akur ada syarat yang mengatakan kita tidak boleh berhijab selama beberapa tahun. 

“Namun hari ini, semua lebih terbuka untuk menerima pelakon yang berhijab. Kita sudah boleh beradaptasi dengan pelbagai watak walaupun berhijab,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di Minggu Usahawan Negara 2022 dan Starvendors Kedah Raya Fest 2022 di Grand Malaysia Bazaar.

Jarang dilihat di kaca televisyen, Fouziah mengakui memilih skrip kerana harus memikirkan soal masa, apatah lagi dia sudah bergelar seorang usahawan.

“Saya rindu juga berlakon. Sekarang saya pula sudah berpindah ke kerjaya yang baharu iaitu perniagaan. Jadi saya agak memilih skrip yang boleh memberikan impak memandangkan saya sudah berlakon lebih daripada seratus drama. 

“Soal bayaran bukanlah menjadi keutamaan saya kerana lakonan bukanlah punca pendapatan saya,” katanya yang kali terakhir dilihat aktif berlakon dalam drama bertajuk 'Sara Sajeeda' pada tahun 2019. 

Bukan itu sahaja, melihat kepada kemaskini laman sosialnya miliknya, Fouziah dianggap sebagai selebriti yang memberikan inspirasi, tidak hanya dalam bidang perniagaan malah dalam usaha untuk mendekati al-Quran. 

“Melalui posting saya khatam al-Quran yang dimuat naik, saya sebenarnya hanya lakukannya untuk diri saya sendiri. Namun tak sangka pula ia memberi inspirasi kepada semua selebriti. Saya tak rancang semua ini. 

“Samalah juga rezeki saya ke Makkah baru-baru ini dan khatam al-Quran di sana. 

“Saya mula kongsikan hal sebegini agar anak saya tahu benda baik yang saya buat. Sebab dahulu ada banyak benda tak sopan saya lakukan. Kalau saya nak padam apa yang pernah jadi, tak boleh. Setidaknya saya cuba menjadi yang terbaik,” katanya menutup temu ramah. - Getaran, 13 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Usahawan 2 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

4

Usahawan 1 tahun yang lalu

Kedai Kopi Jalan Ampas Imbau Nostalgia Filem Melayu Lama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN