web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Justin Bieber Lumpuh Wajah, Konsert Mungkin Batal

Dalam video yang dikongsikan oleh Bieber, mata kanannya tidak dapat berkelip dan dia kelihatan lumpuh separuh wajah.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jun 2022 1:05PM

Gambar AFP

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi antarabangsa, Justin Bieber mendedahkan mengalami kelumpuhan separuh wajah akibat sindrom Ramsay Hunt.

Berita itu disampaikan Bieber sendiri menerusi sebuah klip video selama tiga minit yang dimuat naik di laman Instagram rasminya.

“Hai semua Justin (Bieber) di sini, saya ingin memaklumkan kepada anda tentang apa yang sedang berlaku. Jelas sekali, seperti yang anda boleh lihat pada wajah saya.

“Saya mempunyai sindrom yang dipanggil sindrom Ramsay Hunt dan ia berpunca daripada virus yang menyerang saraf di telinga dan saraf muka sehingga menyebabkan muka saya lumpuh,” katanya dalam video itu.

Jika diperhatikan, dapat dilihat mata kanannya tidak dapat berkelip dan bahagian kanan mukanya tidak bergerak.

Sindrom Ramsay Hunt membuatkan pelantun lagu ‘Baby’ ini perlu berehat buat seketika. Tidak dipastikan sama ada Bieber boleh sembuh secepat mungkin atau keadaannya akan menjadi lebih buruk. 

Susulan daripada berita itu, Bieber menyatakan dia bakal membatalkan beberapa konsert siri jelajahnya yang sudah dirancang beberapa bulan lalu.

Namun setakat ini, belum ada sebarang kemaskini mengenai pembatalan tersebut yang dibuat oleh pihak penganjur konsertnya di Malaysia. - Getaran, 11 Jun 2022

Isu Pada

Siapa Di Hati Azrel Ismail?

11 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 11 bulan yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

3

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ella Memukau, Kini Siap Sedia Terbang ke Singapura

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN