web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Pernah Pilih Kasih, Jamal Sediakan Rumah Untuk Anak

Walaupun tidak lagi tinggal sebumbung, namun Jamal menegaskan dia tidak pernah bersikap pilih kasih, bahkan sudah menyediakan sebuah rumah untuk setiap anaknya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2022 4:58PM

Jamal Abdillah (bersama isteri ketiganya dan anak-anak mereka) dan Zaki Yamani - Gambar oleh Wafa Aula dan Instagram Zaki Yamani

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun kemelut hubungan dingin antara penyanyi Datuk Jamal Abdillah dengan anak keduanya Zaki Yamani semakin diperkatakan, namun Jamal mengakui tidak pernah bersikap pilih kasih dalam menyayangi kesemua anaknya.

Pelantun lagu ‘Sandarkan Pada Kenangan’ itu mendedahkan masih berhubung baik dengan anaknya itu, bahkan baru-baru ini terlibat dalam rancangan realiti sebuah program televisyen. 

“Baru-baru ini saya juga ada bersembang dengan Zaki sebab terlibat dalam satu program televisyen. Masa dia buat persembahan, dia juga ada menghubungi saya. Saya tak boleh nak buat apa-apa kerana kuasa lebih kepada emaknya.

“Saya tidak mahu bergaduh dengan bekas isteri sebab nanti anak-anak pula yang susah,” katanya kepada Getaran di sidang media Konsert Tribute Seniman Negara Datuk Seri Ahmad Nawab semalam. 

Walaupun tidak lagi tinggal sebumbung, namun Jamal menegaskan tidak pernah bersikap pilih kasih, bahkan sudah menyediakan sebuah rumah untuk kesemua anak-anaknya. 

“Saya tak pernah nak beza-bezakan anak. Semuanya sama sahaja. Saya terbuka untuk menjaga anak-anak semua. Itu terpulang kepada ibu mereka. Saya dah sediakan rumah untuk semua anak-anak saya,” tambahnya. 

Terdahulu, Zaki mendedahkan sudah enam tahun tidak beraya bersama bapa selepas ibunya Fatimatuzahra Samad bercerai sekitar tahun 2007.

Jamal kemudian menjelaskan bahawa dia tidak dibenarkan menjenguk Zaki kerana dihalang oleh bekas isteri.

Untuk rekod, Jamal pernah berkahwin tiga kali dan dikurniakan lima orang cahaya mata. - Getaran, 10 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Farid Kamil, Diana Danielle Bercerai

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Fazura Fail Permohonan Cerai, Sahkan Desas-Desus Rumah Tangga Bergolak

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahu Bina Rumah Sendiri? Pastikan Anda Ambil Kira Semua Faktor!

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Nora Danish, Nedim Bercerai Talak 1

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN