web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Panggil Saya ‘Mak Hayam’ Lagi Seronok”- Ifa Raziah

Penganugerahan itu sekali gus melayakkan Ifa Raziah menyandang gelaran Datuk. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jun 2022 9:45AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun sudah dianugerahkan darjah kebesaran, namun penyanyi Ifa Raziah tidak pernah menghebohkan perkara tersebut sebaliknya lebih selesa disapa tanpa menggunakan gelaran khusus.

Pelantun lagu 'Ser Ser Ser' itu menerima darjah kebesaran Ahli Setia Diraja yang  dikuniakan oleh Sultan Perak sekitar Januari 2016. Penganugerahan itu sekali gus melayakkan Ifa Raziah menyandang gelaran Datuk. 

“Gelaran itu diberikan atas nama Saripah Raziah Mustapha, bukannya atas nama Ifa Raziah iaitu stage name saya. Jadi, tidak perlulah panggil saya dengan gelaran itu. Panggil saya Mak Hayam, lagi saya seronok. Lebih mesra. Lagipula tak ke mana pun pangkat ini.

“Saya hanya pakai gelaran itu di majlis formal sahaja,” katanya kepada Getaran di majlis sidang media StarVendors dan Minggu Usahawan Negara 2022.

Semenjak itu, ada juga beberapa pihak mengatakan gelaran Datuk yang diberikan kepada Ifa Raziah membolehkan artis itu mendapatkan projek denga cara yang mudah sehingga bergelar jutawan.

“Ada ramai yang bergelar Datuk namun mereka bukanlah jutawan. Sebab itu saya tak nak gelaran itu kerana saya belum bergelar jutawan. Apa yang saya lakukan, saya harap biarlah orang nampak dan menilai. Tidak ada yang saya perolehi dengan jalan mudah,” akuinya yang juga merupakan pengasas StarVendors.

Sudah lali berhadapan dengan mulut busuk warganet, Ifa melangkah terus dengan siri jelajah StarVendors ke beberapa lokasi tahun ini. Selain menjayakan Minggu Usahawan Negara 2022 di Malaysia Grand Bazaar, Lalaport pada 27 Jun ini. Mereka kemudian akan ke Kedah pada 1 Julai untuk Kedah Raya Fest 2022 yang membabitkan 40 orang artis.

Bukan itu sahaja, pengunjung berpeluang mendapatkan motosikal RXZ dan pakej umrah. - Getaran, 9 Jun 2022

Gambar: Ifa Raziah Official Facebook

Berita Berkaitan

1

Usahawan 2 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

2

Usahawan 1 tahun yang lalu

Kedai Kopi Jalan Ampas Imbau Nostalgia Filem Melayu Lama

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Semakin Mendebarkan, Datuk, Nenek Zayn Rayyan Pula Ditahan

4

Usahawan 2 tahun yang lalu

Pengusaha Harumanis Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan Pelanggan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN