Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Cukuplah Tiga Versi, Sudah 'Move On' Dengan 'Gatal' - Janna Nick

Janna bagaimanapun cuba berahsia tentang kemunculan single baharunya dan mengakui tekanan akan dirasai jika ia dihasilkan dalam waktu yang terdekat dengan genre muzik yang sama. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jun 2022 7:27AM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bermula dengan 'Mungkin Sahaja' dan 'Akan Bercinta', namun penglibatan Janna Nick dalam bidang nyanyian semakin dipandang serius apabila artis serba-boleh ini muncul dengan single 'Gatal' ciptaan Aepul Roza yang juga vokalis Dramaband. 

Saat 'Gatal' mencipta fenomena di platform media sosial TikTok, Janna kemudian tampil dengan 'Gatal Raya' disusuli dengan 'Gatal Broadway' yang diberikan susunan muzik berbeza. Namun, hanya 'Gatal Raya' sahaja yang diubah liriknya mengikut kesesuaian lagu tersebut. 

“Sebetulnya, idea itu adalah idea daripada syarikat rakaman. 'Gatal Raya' dan 'Gatal Broadway' dikeluarkan kerana mereka tidak mahu peminat lupa akan beat lagu 'Gatal'. 

“Tapi, selepas ini, tiada lagi versi lagu 'Gatal' yang seterusnya. Cukuplah. Saya pun sudah move on dengan 'Gatal'," katanya kepada Getaran. 

Janna mengakui dia sememangnya tidak  menyangka lagu 'Gatal' akan mencipta fenomena dunia di platform TikTok. 

“Sebetulnya Aepul Roza ada bagi beberapa lagu lain sebelum 'Gatal'. Lagu-lagu itu saya tolak. Sebab kali ini, saya betul-betul ambil serius dengan nyanyian. 

“Kemudian Aepul bagi lagu 'Gatal'. Dia tanya saya berani ke tak berani bawa lagu ini. Sebab lagu ini ada seksi dan sensual. 

“Saya cakap ok. Kita tengok macam mana penerimaan orang nanti. Awalnya saya fikir, lagu ini akan mencetuskan kontroversi. Tapi, yang mengejutkan, mereka boleh terima lagu ini. 

“Saya fikir, media sosial telah membuatkan fikiran masyarakat kita menjadi terbuka terutama di waktu PKP kerana mereka banyak meluangkan masa untuk melayan kandungan-kandungan di medium digital tersebut. 

“Sebelum ini, orang hanya terima hiburan berdasarkan apa yang stesen TV berikan,” katanya. 

Dia juga menganggap kegilaan orang terhadap 'Gatal' di TikTok adalah kerana tuah dan nasib. 

“Kegilaan seperti itu tidak akan berlaku kepada mana-mana lagu. Bukan kerana lagu orang lain tidak bagus. Tapi mungkin ia menepati dengan trend di TikTok ketika itu. 

“Seorang doktor gigi iaitu doktor Benjy memang selalu buat TikTok dengan lagu 'Gatal' itu dan saya juga menerima banyak permintaan dari pengguna TikTok dari pelbagai negara untuk membuat kolaborasi bersama. 

“Tapi, kesibukan dengan penggambaran dan produksi membuatkan saya tidak punya masa untuk melayan permintaan mereka. Bukan sebab saya sombong,” katanya. 

Kesibukan itu juga membuatkan dia terpaksa menolak tawaran untuk membuat show daripada pihak penganjuran. 

“Banyak juga tawaran yang saya terima dan sebenarnya saya memang cukup bersedia untuk membuat persembahan secara live

“Tapi, kalau saya tengah shooting, saya memang tidak akan terima mana-mana tawaran menyanyi sebab saya tidak boleh fokus. 

“Tahun ini, saya memang betul-betul ambil serius dengan nyanyian saya. Kalau saya ada masa terluang dan dapat tawaran menyanyi pada saat-saat akhir, saya tidak akan buat. 

“Saya perlukan masa selama tiga hari sebelum tampil beraksi. Dulu, saya nyanyi main-main sahaja,” katanya lagi.

Ditanya bilakah dia akan muncul dengan single baharu, Janna sambil berseloroh memberitahu: “Mungkin esok atau lima tahun lagi? 

“Memang ada tekanan untuk keluar dengan single baharu kalau ia dikeluarkan dalam waktu yang terdekat. 

“Pasti ada yang akan cuba bandingkan single baharu itu dengan Gatal nanti. Tapi, kalau kita ambil masa yang sedikit lama untuk keluar dengan single baharu atau tampil dengan genre yang sedikit berbeza, mungkin tekanannya tidak akan dirasai,” katanya yang baharu sahaja menjayakan pembikinan filem 'Jemputan Dari Neraka'. - Getaran, 3 Jun 2022

Gambar: Janna Nick IG 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

2

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Pemilikan Akaun Media Sosial Beri Kesan Terhadap Perkembangan Minda Kanak-Kanak

3

Muzik 4 minggu yang lalu

Ria Ramadan, Kolaborasi Unik Kumpulan Venus dan UNIC 

4

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Wanita Orang Asli Berjaya Bina Rumah Hasil Jualan Di TikTok

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Filem & TV 1 hari yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21