Berita Terkini

6 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


“Hanya Orang Pernah Masuk Penjara Akan Faham Perasaan Ini”- Ahmad Dhani

Ketua kumpulan Dewa 19 itu merasakan pengalaman berada di sebalik jeriji besi bukanlah suatu mimpi ngeri sebaliknya seperti sebuah hadiah daripada Tuhan. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 5:30PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan komposer Indonesia, Ahmad Dhani mengakui keluar daripada penjara selepas 18 bulan memberikannya satu perasaan istimewa yang tidak dapat diceritakan dengan kata-kata. 

Berkongsi kisah dengan Getaran dalam satu temubual eksklusif, ketua kumpulan Dewa 19 itu merasakan pengalaman berada di sebalik jeriji besi bukanlah suatu mimpi ngeri sebaliknya seperti sebuah hadiah daripada Tuhan. 

“Masuk penjara itu terpulang kepada bagaimana cara kita melihatnya. Apalagi semua orang mengetahui yang saya dimasukkan ke penjara bukan kerana jenayah, sebaliknya kerana politik pada April 2019. 

@getaranmy

Penyanyi Ahmad Dhani merasakan pengalamannya di penjara adalah sebuah hadiah yang bermakna daripada Tuhan. #GetaranMY #Selebriti #ahmaddhani

♬ Dewi - Dewa 19

“Bermacam-macam tafsiran dibuat. Ada yang kata ia sebagai hukuman daripada Tuhan. Tapi, saya tidak pernah melakukan kesalahan atau dosa yang serius. Ada yang kata ia ujian. Namun saya merasakan ia bukan hukuman dan cubaan, tetapi sebuah hadiah. Begitulah cara saya melihat pengalaman itu,” katanya yang kebetulan berada di Malaysia untuk konsert 'Garden of Eid' di Taman Botani  Perdana.

Ditanya adakah penyanyi itu menyesal dengan segala yang telah terjadi. Ahmad Dhani tersenyum.

“Tidak. Tiada penyesalan kerana saya sememangnya menjadi lebih kuat. Apa yang tidak membunuh anda akan menjadikan anda lebih kuat.

“Saya akui berbeza selepas keluar dari penjara. Perasaan ini hanya boleh dirasai oleh orang-orang yang pernah keluar penjara sahaja,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Ahmad Dhani berkongsi berita gembira bakal membawa kumpulan Dewa 19 mengadakan konsert buat peminatnya di Malaysia.

Konsert tersebut sebagai meraikan ulang tahun penubuhan kumpulan Dewa 19 yang berusia 30 tahun. 

“Sempena konsert itu nanti, kami akan menyanyikan 30 lagu sempena ulang tahun ke-30 kumpulan Dewa. Kami akan menjelajah 30 bandar. Kami sudah memulakan jelajah kami di kota Surabaya sejak Mei lalu. 

“Apa yang Baladewa (peminat) boleh jangkakan ialah, konsert ini tidak hanya menyanyikan lagu-lagu hit. Tetapi juga lagu-lagu Dewa yang jarang ditonjolkan,” katanya menutup temu ramah. 

Konsert Dewa 19 di Kuala Lumpur ini dijangka bakal diadakan September ini. - Getaran, 1 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 hari yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

2

Muzik 4 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Aidilfitri: Keluarga Dibenar Lawat Penghuni Penjara Pada Raya Ketiga, Keempat

4

Selebriti 3 minggu yang lalu

 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

Industri Hiburan Penghubung Antara Malaysia Dan China – Shila Amzah

Filem & TV 5 jam yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

Sheriff:Narko Integriti berjaya peroleh kutipan RM16.3 juta selepas empat hari ditayangkan 

oleh Helmi Anuar

Selebriti 21 jam yang lalu

Skandal Baharu Aliff Aziz Terbongkar, ‘Ibu Terpaling’ Padam IG?

Sejak kes kecurangan anak lelakinya terbongkar, ibu kepada Aliff Aziz ini lantang mempertahankan anaknya, termasuk di media sosial

oleh Wartawan Hiburan Getaran