web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Tengok Dia Sejak Kecil, Sekarang Dah Jadi Ibu” – Peminat

Penuh ucapan tahniah di Twitter apabila pelakon Park Shin Hye selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 4:00PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat drama Korea Selatan nampaknya turut bergembira meraikan berita pelakon Park Shin Hye yang selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh agensinya SALT Entertainment semalam. 

“Park Shin Hye telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah hospital di Seoul. Pelakon itu dan anaknya masing-masing berada dalam keadaan yang sihat. Dia sedang berehat ditemani suaminya Choi Tae Joon.

“Kami sangat berterima kasih kepada semua yang mengirimkan ucapan tahniah kepada mereka berdua yang telah melangkah ke fasa baru kehidupan,” tulisnya. 

Warganet nampaknya cukup terharu dengan berita itu. Mana tidaknya, rata-rata membesar dengan drama yang dilakonkan aktres itu sejak kecil, remaja dan kini dia sudahpun bergelar seorang ibu. 

Laman sosial mula dibanjiri dengan ucapan tahniah. Bukan itu sahaja, para peminat drama hit lakonan Park Shin Hye mula membincangkan drama pertama lakonan wanita itu yang ditontonnya pertama kali sekali gus membuatkan mereka menyukai drama-drama dari Korea. 

“Pertama kali tonton dia dalam cerita Inheritors, dia berlakon dengan Lee Min Ho,” tulis seorang peminat di Twitter.

“Sudah bergelar ibu, saya harap kamu dan keluarga sentiasa bahagia,” kata pengguna bernama Rimajol.

“Mesti anaknya terkejut. Ibunya Park Shin Hye, bapanya Choi Tae Jun. Pak ciknya pula D.O,” usik pengguna yang lain.

Masing-masing sudah tidak sabar untuk melihat wajah bayi lelaki mereka. Pasti comel. Tahniah Park Shin Hye  dan Choi Tae Joon!

Terdahulu, mereka dilaporkan bercinta pada tahun 2017. Mereka kemudian mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dan mengadakan majlis perkahwinan pada Januari tahun ini. - Getaran, 1 Jun 2022

Sumber foto: Soompi

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

7 Program Korea Selatan Mendebarkan Di Disney+ Hotstar 

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN