web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Mungkin Saya Pernah Sombong' - Faizal Tahir

Lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman Faizal selama berkecimpung di dalam industri dari awal penglibatan sehingga hari ini.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 May 2022 10:00AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi serta penggubah lagu multidisiplin negara, Faizal Tahir mendedahkan lagu terbaharu yang dihasilkannya adalah sebuah teguran kepada dirinya sendiri yang mungkin pernah berkelakuan sombong kepada mana-mana pihak tanpa disedarinya.

Lagu Alah Bisa yang dihasilkan bersama-sama komposer berbakat seperti  Glow Rush, Nick Ariff, Acap Salim dan Mage ini merupakan sebuah nasihat yang membawakan dua inti utama di dalam penceritaan liriknya iaitu jangan bersikap sombong dan jangan pernah meninggalkan solat.

“Prinsip saya, sebelum nak tegur orang lain, saya tegur diri saya sendiri dahulu. Sebab kalau tidak, ia tak masuk akal. Kita sibuk nak betulkan orang lain, kita sendiri tidak betul. 

“Lagu ini saya tulis berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri di dalam industri dari awal penglibatan sehingga hari ini. Kadang-kadang kita ingat kita tak sombong, tapi sebenarnya cara kita pandang, cara kita jawab, sebenarnya kita sombong walaupun kita tak berniat demikian,” katanya kepada Getaran semasa majlis pelancaran lagu Alah Bisa. 

Melihat kepada perjalanannya bergelar anak seni, Faizal selesa berkongsi pengalamannya di dalam Alah Bisa yang dinyanyikan bersama-sama Amira Othman dengan harapan pendengar tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukannya.

“Apa yang saya lalui, perkara yang tidak baik pernah saya lakukan. Saya nak kata kepada orang di luar sana bahawa janganlah jadi macam saya. Mungkin dulu, saya solat pun tunggang terbalik.

“In Shaa Allah kalau solat seseorang itu dijaga, kejayaan pasti diraih bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat kelak, ternyata ia bukan mudah bak pepatah Melayu ‘alah bisa tegal biasa’ yang bermaksud ‘perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu diamalkan,” tambahnya.

Seperti lagu Ragaman sebelum ini, Alah Bisa kedengaran penuh dengan elemen muzik nusantara. Ternyata Faizal mengakui cenderung untuk menghasilkan lagu-lagu berentak demikian di samping lirik yang penuh kiasan.

“14 tahun yang lepas, saya banyak buat lagu yang diinspirasikan daripada barat. Bila makin lama dalam industri, saya menyedari bahawa kita sebenarnya ada satu kelebihan yang negara lain tak ada seperti notasi muzik dan lenggok dalam lagu nusantara.

“Kalau fikirkan betul-betul. Muzik Korea naik sebab mereka fokus kepada kelebihan mereka,” jelasnya.

Lagu ‘Alah Bisa’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala MV single ini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Faizal Tahir. - Getaran, 31 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Faizal Tahir Lelong Barangan Peribadi Demi Palestin

2

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Hantaran Instagram Taylor Swift Bantu Pecah Rekod Pendaftaran Undi

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Harga Tiket Konsert Mahal, Faizal Tahir Minta Maaf Kepada Peminat

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Penyanyi Legenda Bossa Nova, Astrud Gilberto Meninggal Dunia

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN