web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Saya Tak Mahu Jadi Budak-Budak” Siti Perjelas Kekecohan di Twitter

Raja Nazrin yang juga vokalis kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) sebelum ini pernah meminta supaya Siti Nurhaliza menegur sikap segelintir peminatnya yang dianggap keterlaluan.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza enggan memanjangkan salah faham dan ketegangan yang berlaku di media sosial antara beberapa individu yang dikatakan daripada kelab peminatnya (Siti Zoners) dengan penyanyi Raja Nazrin Shah. 

Raja Nazrin yang juga vokalis kumpulan Sekumpulan Orang Gila (SOG) sebelum ini pernah meminta supaya Siti Nurhaliza menegur sikap segelintir peminatnya yang dianggap keterlaluan dan bertentangan dengan nilai dan keperibadian yang ditunjukkan penyanyi kesayangan mereka.

“Saya tidak mahu jadi budak-budak. Sebab apa yang ditulis di Twitter itu bukanlah mewakili diri saya dan bukannya daripada kelab peminat saya sekalipun. Orang sahaja anggap begitu,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis rumah terbuka CTDK Holdings baru-baru ini.

Pelantun lagu 'Purnama Merindu' itu juga berharap agar masyarakat akan saling menghargai karya anak seni tempatan tidak kiralah genre apa sekalipun.

“Muzik sebenarnya sangat universal dan istimewa. Apabila saya pergi ke luar negara untuk buat persembahan, mereka tidak faham bahasa yang saya nyanyikan. Namun mereka boleh menghargai muzik dan lagu tersebut. Jadi, itulah sifat muzik yang sebenarnya. 

“Saya kira, kita perlulah saling menghargai dan itu jugalah yang saya terapkan di setiap persembahan dan lagu-lagu saya,” katanya yang sudah 25 tahun berkecimpung dalam dunia seni.

Bukan itu sahaja, mengulas mengenai isu wajahnya menghiasi papan digital New York Times Square, ia adalah sebahagian daripada kempen EQUAL oleh platform penstriman Spotify. Siti terpilih bagi mewakili lagu EQUAL Malaysia dan Singapura yang memupuk kesamaan wanita.

“Kalau boleh mintalah penjelasan daripada pihak Spotify contohnya. Kemudian barulah boleh berikan komen. Bila tersalah komen, maka terjadilah perkara yang tak seronok untuk didengar,” tambahnya.

Terdahulu, hanya dengan satu emoji, kecoh di laman Twitter apabila Raja Nazrin Shah yang dikatakan mempersoalkan kredibiliti beberapa penyanyi Malaysia yang muncul di papan iklan di Times Square, New York. 

Siti adalah seorang daripada artis yang pernah muncul di papan iklan itu selain Layla Sania, Iman Troye, Dolla, Vanessa dan Aina Abdul.

Gara-gara itu, Raja Nazrin menimbulkan perasaan tidak senang beberapa individu yang dikatakan peminat Siti Nurhaliza atau Siti Zoners. - Getaran, 30 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN