Berita Terkini

7 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


“Benar Sekali, Iman Tak Dapat Diwarisi” –  Ridhuan Tee

Pendakwah terkenal, Datuk Dr Ridhuan Tee akhirnya mengeluarkan kenyataan susulan video kontroversi anaknya iaitu Syafi Tee yang tular di media sosial baru-baru ini. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 7:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila video seorang lelaki yang dipercayai anak kepada pendakwah terkenal Prof Dr Mohd Ridhuan Tee iaitu Syafi Tee yang bercumbu dengan seorang wanita tular.

Syafi Tee yang juga merupakan seorang pelakon itu telah dikecam ramai kerana berkelakuan sumbang serta mencalarkan imej bapanya sebagai pendakwah selebriti.

Selepas beberapa hari video berkenaan menjadi tular, akhirnya Datuk Dr Ridhuan Tee tampil memberikan kenyataan dalam satu hantaran yang dimuatnaik di akaun Facebook.

“Hari ini, saya tampil untuk menjawab. Saya bersyukur dan berterima kasih kerana ramai yang mengambil berat tentang saya dan anak saya. Ramai yang sayang saya dan keluarga saya. Kepada yang bersama saya, memberikan nasihat, menegur cara baik, moga Allah merahmatimu. 

Kepada yang bertepuk tangan dan bergembira, terima kasih juga seadanya. Apa yang berlaku, tidak akan menghalang saya untuk meneruskan kehidupan ini. Saya akan terus melaksanakan kewajipan saya sebagai seorang Muslim, menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, sama ada secara lisan mahupun tulisan. 

Ambil iktibar apa yang berlaku di Indonesia, ada segelintir ulamak dan ilmuan berdiam diri, tidak menegur kehidupan artis, akhirnya ramai artis tersasar. Apakah kita mahu itu juga berlaku kepada artis-artis kita? Mereka mesti diselamatkan jika tersasar kerana itu tanggungjawab kita semua.

Saya akan terus menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar, meskipun ia berlaku kepada anak sendiri. Umat Islam hari ini, terutama anak-anak Melayu Islam kita perlu diselamatkan, meskipun yang terpaksa diselamatkan itu anak sendiri. Ini suatu ujian daripada Yang Maha Esa dan Maha Pencipta. 

Ujian ini akan terus mematangkan kita. Benar sekali, Iman tidak dapat diwarisi. Tidak dapat dijual beli. Moga semua ini tidak terjadi kepada kalian semua. Ya, saya akui saya ada kelemahan. Saya tidak sempurna. 

Sedangkan Nabi Nuh pun tidak mampu untuk menyelamatkan anaknya, inilah pula diri saya, hamba Allah yang hina dina ini, tetapi saya telah melakukan yang terbaik, untuk semua anak saya seramai enam orang. Begitu juga saudara mara saya. Selebihnya saya berserah, saya pasrah.

Tulisnya lagi, anaknya Syafi Tee memang meminati bidang seni selepas tamat belajar. Dan sebagai bapa, dia telah menasihati anaknya kerana dirinya sendiri terlibat dalam bidang seni ilmuan sejak leboh 30 tahun lalu.

“Saya tidak melarang, cuma mengingatkan agar pandai membawa diri. Pastikan bidang seni hiburan boleh membawa kita ke syurga. Pastikan seni dapat mendidik anak bangsa. Titipan demi titipan. Namun, apakan daya Allah mahu menguji hamba-Nya yang kerdil ini. 

Kepada mereka di luar sana, sama ada yang sentiasa bersama saya, menasihati dan memotivasi, dan juga yang memusuhi saya, dua pesanan untuk diri saya dan kalian semua pertama, kejadian ini tidak akan menjadikan saya berdiam diri. 

Saya akan terus menegur dan menjalankan asas sebagai sebagai Islam, amar makruf nahi mungkar. Sesiapa sahaja yang buat mungkar, akan saya tegur meskipun berada dalam keluarga saya sendiri. Teguran saya tidak hanya kepada artis, tetapi semua orang, tidak kira siapa.

Kedua, kehidupan ini adalah ujian. Ujian datang dan pergi. Semakin kita diuji, kita menjadi semakin kuat, bukan semakin lemah. Jangan kerana ujian ini, menjadikan kita kecewa dan alpa akan tanggungjawab kita sebenarnya. 

Orang miskin diuji dengan kemiskinannya. Orang kaya diuji dengan kekayaannya. Orang berilmu diuji dengan ilmunya. Orang bodoh diuji dengan kebodohannya. Orang soleh diuji dengan kesolehannya. Pemimpin diuji dengan kepemimpinannya. Pendek kata, tidak ada yang terlepas dari ujian. Sama ada bersedia atau tidak, kita akan diuji. Justeru, bersiap sedialah,” pesannya. 

Tulisnya lagi, ujian yang diturunkan ini adalah untuk menguji di mana kelemahan kita agar menjadi lebih kuat dan masing-masing diuji dengan pelbagai bentuk dari segi harta, wanita dan kempimpinan.

“Masing-masing harus menyedari titik kelemahannya dan berusaha menguatkannya. Sudah tentu, ada yang lulus dan ada yang gagal. Saudaraku, pastikan apa yang menimpa kepada diri saya, tidak berlaku kepada saudaraku semua. Saya doakan yang terbaik untuk saudara di luar sana,” tulisnya. - Getaran, 26 Mei 2022.

Gambar: Facebook & Instagram

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Bakal Sertai Acara Berkaitan Ramadan Di Jerman

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Media Perlu Sebar Luas Berita Yang Benar, Bantu Peranan Agensi Agama - Mohd Na'im

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Tiada Tempat Untuk Media Promosi Keganasan, Ucapan Kebencian - Nie Ching

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Cipta Kandungan Video Produk Pelancongan Antara Tugasan Peserta TOMER 2023

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Muzik 6 jam yang lalu

All Time Low Kembali Ke Malaysia Selepas 13 Tahun

oleh Rahayu MN

Selebriti 17 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar