web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Netizen Persoal Kehadiran Jovian Mandagie Bersama PM Di Jepun

Netizen terlihat kelibat pereka fesyen terkenal iaitu Jovian Mandagie yang juga menantu kepada Perdana Menteri sewaktu kunjungan beliau ke Jepun lantas menjadi persoalan dan mengundang kecaman

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2022 2:00PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lumrah menjadi ahli keluarga kepada ahli politik berjawatan tinggi seperti Perdana Menteri, pastinya setiap tindak tanduk akan menjadi perhatian ramai.

Itulah yang terjadi kepada pereka fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie yang merupakan menantu kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila kemunculannya di samping bapa mentuanya sewaktu lawatan ke Jepun dipersoal netizen. 

Ismail Sabri telah dijemput ke Jepun untuk menerima anugerah ijazah kehormat doktor perubatan dari Universiti Nihon.

Sewaktu beliau bertemu dengan Datuk Bandar Itabashi Takeshi Sakamoto pada Selasa sempena lawatan rasmi sulungnya ke Jepun, netizen terlihat kelibat Jovian di dalam gambar yang dimuatnaik akaun Twitter Bernama. 

Gambar itu kemudiannya menjadi bualan netizen yang turut mempersoalkan apakah fungsi dan atas kapasiti apa kehadiran Jovian untuk turut serta dalam lawatan bersama Perdana Menteri itu. 

Ada yang berpendapat, disebabkan Jovian merupakan seorang pereka fesyen, beliau mungkin hadir sebagai penata gaya khas buat Perdana Menteri sewaktu sesi lawatan itu. 

Netizen turut mempersoalkan siapakah yang menanggung perbelanjaan lawatan ahli keluarga Perdana Menteri ke Jepun. 

Apa-apa pun diharapkan netizen tidak cepat melatah. Sebagai seorang ushawan yang berjaya, Jovian pastinya mempunyai wang sendiri untuk berbelanja dan bukan menggunakan duit rakyat. 

Semoga Perdana Menteri dan seluruh rombongan berada dalam keadaan selamat dan pulang dengan sejahtera. - Getaran, 25 Mei 2022

Gambar : Bernama


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Politik 2 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

3

Politik 5 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Sambutan Wesak Beri Makna Mendalam, Angkat Nilai Cinta, Ihsan Dan Kasih Sayang - PM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN