Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


“Yang Terasa Hanyalah Siti Zoners Sahaja” – Raja Nazrin Shah SOG

Kecoh di Twitter apabila vokalis kumpulan SOG (Sekumpulan Orang Gila) dikatakan mempersoalkan kredibiliti beberapa penyanyi tempatan yang telah muncul di papan iklan di Times Square, New York.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2022 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Beberapa hari lalu, kecoh di laman Twitter apabila vokalis kumpulan underground, Sekumpulan Orang Gila (SOG) iaitu Raja Nazrin Shah yang dikatakan meluahkan ketidakpuasan hatinya mengenai beberapa penyanyi Malaysia yang muncul di papan iklan di Times Square, New York.

Antara penyanyi Malaysia yang pernah muncul di papan iklan itu ialah Yuna, Layla Sania, Iman Troye, Dolla, Vanessa, Aina Abdul dan yang terbaru , Datuk Seri Siti Nurhaliza. 

Menurut ciapan yang dibuat oleh Raja Nazrin, dia menyelar pihak syarikat rakaman dan media yang dikatakan cuma memikirkan soal wang.

Disebabkan ciapannya itu, ramai peminat-peminat penyanyi yang telah muncul di papan iklan berkenaan tidak puas hati dengannya dan menggelarnya sebagai seorang yang bitter.

Getaran berpeluang menemui pemenang Anugerah Juara Lagu 36 ini untuk mendapatkan ulasan lanjutnya mengenai isu yang menjadi perdebatan netizen ini. 

Kata Raja Nazrin, bukan niatnya untuk mencipta kontroversi, tetapi ciapannya itu telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

“Perkara ini sangat kelakar. Tiada isu pun sebenarnya. Saya cuma balas ciapan seorang komposer dan penerbit lagu iaitu JD Wong dan Aubrey Suweto. Saya cuma balas emoji ketawa pada ciapan mereka. Maksud emoji itu tanda setuju kepada kenyataan yang dibuat JD. JD mempersoalkan dalam banyak-banyak penyanyi yang muncul di papan iklan itu, siapa sahaja yang pernah membuat persembahan di New York. 

Kenyataan itu juga ditujukan kepada syarikat rakaman dan media (spotify) yang mengangkat artis berkenaan sehingga muncul di papan iklan, bukannya kepada artis itu sendiri. Kerana artis itu sendiri pun tak tahu yang mereka bakal muncul di papan iklan. Maksud saya disini pihak label dan media perlu tahu tentang muzik. 

Contohnya di antara ketujuh-tujuh penyanyi itu, siapa yang betul-betul mengharumkan nama Malaysia? Kalau tanya saya hanya ada dua orang iaitu Yuna dan Datuk Sri Siti Nurhaliza. Tetapi yang lain itu, adakah kita boleh rasa bangga menjadi rakyat Malaysia dengan pencapaian mereka?

Saya tidak salahkan artis, kerana mereka masih berusaha. Saya tak boleh cakap saya yang nak tampil di papan iklan itu, kerana benda itu hanya untuk artis perempuan sahaja. 

Yang terasa hanyalah Siti Zoners sahaja. Kita nampak di Twitter, Siti Zoners secara aktifnya merasa mereka sangat entitled (paling berhak dan istimewa). Perkara ini sangat tidak sihat kerana Datuk Sri Siti Nurhaliza sendiri seorang yang sangat merendah diri,” katanya. 

Katanya lagi, jika diberikan peluang untuk bertemu sendiri dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, dia ingin meminta supaya penyanyi nombor satu negara itu menegur sikap segelintir daripada jutaan peminatnya supaya menjaga sikap dan tidak membuat kecoh.

“Perkara ini sangat kelakar kerana mereka tak faham konteks. Bila kita cerita mereka kata bitter. Masyarakat kita sebenarnya kurang kesedaran tentang menghargai seni. Tahap yang sangat rendah. Orang pandang artis sekadar untuk menghiburkan masyarakat. Tak semua artis itu wujud untuk buat orang terhibur, ada yang mahu buat orang berfikir. Tak boleh pukul rata bahawa artis perlu buat orang gembira. 

Kita kena tahu bahawa seni merupakan cerminan masyarakat. Perkara ini sangat penting kerana tamadun boleh runtuh sebab seni itu sendiri. Saya tidak mahu jadi sebahagian dari sejarah hitam kejatuhan Melayu. Jadi saya bersuara sebab itu,” ujarnya.

Menjawab tuduhan sesetengah pihak yang berkata dia sudah mula menunjukkan sikap besar kepala selepas memenangi AJL36 dan dikenali ramai, kata jejaka berusia 33 tahun ini, dia sekadar menjadi diri sendiri dan hanya akan bercakap benar.

“Orang selalu cakap saya seorang yang suka cakap lepas. Tapi saya selalu bercakap benda yang betul tetapi pahit untuk ditelan. Orang yang tak boleh ambil betul tu dia akan tinggalkan yang pahit di situ. Saya takkan tegakkan benda yang salah. Walaupun saya bukan orang yang popular dalam industri, tetapi saya tahu selok belok industri ini. Jika orang lain tak mahu bersuara, biar saya yang bersuara. Biar saya jadi pemetik api,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Raja Nazrin baru sahaja bergelar suami 10 hari yang lalu dan bakal mencul dalam showcase yang dijadualkan berlangsung pada bulan Jun nanti. - Getaran, 24 Mei 2022. 


 

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Nyanyian Duet Tengku Ampuan Pahang, Datuk Sri Siti Nurhaliza Pikat Tetamu

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Bagi Maklum Balas Terhadap Saranan Mufti Pulau Pinang

3

Muzik 4 bulan yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

4

Muzik 4 bulan yang lalu

Siti Nurhaliza Ingin Anjur Konsert Di Stadium Nasional Bukit Jalil Sebelum Bersara

Sorotan

1

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

2

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

3

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

4

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

5

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

6

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Siti Saleha Berjaya Takluki Puncak Gunung Kinabalu

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 5 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 9 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 21 jam yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar