Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kenapa Hanis Zalikha Setuju Untuk Muncul Dalam ‘The Assistant’

Kemunculan Hanis Zalikha dalam filem aksi ‘The Assistant’ adalah antara elemen yang paling menarik dalam filem arahan Adrian Teh itu. 

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2022 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda telah menonton filem aksi 'The Assistant' arahan Adrian Teh dan dibintangi oleg Hairul Azreen, pasti anda telah tonton babak yang menampilkan Hanis Zalikha. 

Hanis yang juga merupakan isteri kepada Hairul membawakan watak Yasmin dalam filem yang sedang hangat ditayangkan di pawagam ini.

Menurut Hanis, setelah lebih tujuh tahun tidak berlakon sejak berkahwin, dia menerima tawaran dari Adrian disebabkan beberapa faktor.

“Saya lebih kepada untuk menyokong suami, kerana saya tahu jika saya buat Hairul lah orang yang paling gembira. Lagi satu saya rasa filem ini sangat berlainan. Seronoknya kalau dapat jadi sebahagian dari filem ini. Sayang juga kalau tolak,” katanya ketika ditemui di tayangan perdana filem 'The Assistant'.

Tambah Hanis lagi, biarpun wataknya cuma sebentar sahaja, tetapi dia tetap gementar kerana harus memberikan persembahan yang baik. 

“Bila saya lakonkan watak Yasmin ini, barulah saya faham betul-betul macam mana kerja Hairul selama ini apabila dia terlibat dengan filem aksi. Baru saya faham kenapa sesi latihan dia mengambil masa selama tiga bulan. 

Saya nak lakonkan satu babak sahaja pun saya rasa banyak benda yang saya perlu lakukan dan saya perlu fit. Itu yang saya tak sempat nak lakukan kerana sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anak, saya ada banyak perkara yang perlu diuruskan. 

Bila di set pula, biarpun kita telah mereka koreografi untuk babak itu, tetapi tiba-tiba pengarah mahu membuat penambahan, jadi semuanya akan berubah 360 darjah,” kongsinya.

Melihatkan Hairul juga merupakan seorang yang handal dalam melakonkan babak aksi, Hanis akui dia agak kekok pada mulanya untuk mendapatkan tunjuk ajar dari suaminya itu.

Sebenarnya bukan senang suami nak ajar isteri dan isteri nak ajar suami. Sama juga macam mak nak ajar anak, kadang-kadang kita give up. Cikgu sahaja yang boleh ajar. Bila Hairul cuba ajar saya, saya jadi macam manja-manja dan merungut susah,” katanya.

Menurut Hairul pula, pada mulanya dia tidak mahu terlibat dengan sesi latihan isterinya, tetapi terpaksa masuk campur juga akhirnya. 

“Bila saya tengok dia buat pada hari pertama saya jadi geram. Saya cakap saya tak nak tolong awak. Pandai-pandailah awak buat sendiri, awak nak buat aksi kan. Tapi bila tengah-tengah tu saya masuk dan beritahu macam ni, macam ni! Dan dia seorang yang cepat tangkap,” kongsinya.

Ditanya adakah dia sudah bersedia untuk kembali muncul dalam sekuel filem 'The Assistant', kata Hanis sejujurnya dia tidak bersedia. - Getaran, 23 Mei 2022


 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 8 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN

Muzik 1 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Konduktor Orkestra Filharmonik Malaysia, Ahmad Muriz Che Rose kagumi kehebatan vokal Aina Abdul kerana mampu membuai emosi pendengar dan teruja berkongsi pentas...

Selebriti 1 hari yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki

Filem & TV 8 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar